Seorang pelajar maut selepas dipercayai dicekik oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Kuantan pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Kait Buah Avokado Untuk Isteri Hamil, Lelaki Maut Didakwa Terkena Renjatan Elektrik
Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Di Asrama Dipercayai Dipukul Senior Guna Paip Getah
Pelajar maut dipercayai dicekik

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila berlakunya pertengkaran antara suspek dan mangsa yang masing-masing berusia 19 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan iaitu Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek menghubungi pihak polis pada 4:32 pagi berhubung kejadian.
Setibanya di lokasi, pihak polis menemui mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan di leher mangsa, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Susulan itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro
The post Pelajar Ditemui Mati, Dipercayai Dicekik Teman Lelaki first appeared on OHBULAN!.





