33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Bidas Dakwaan Wanita Tak Mampu Belanja RM20,000 Tiket Paddock

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil membidas komen yang mendakwa wanita tidak akan sanggup berbelanja sebanyak RM20,000 untuk mendapatkan tiket pas paddock bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) melainkan kos tersebut ditanggung oleh ‘sugar daddy’.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’

    Kerja keras

    View on Threads

    Menerusi komen di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata nilai RM20,000 bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi wanita masa kini yang gigih membina kerjaya sendiri.

    Menurut Intan, pada era kini ramai wanita sudah mula bekerja keras untuk menyara kehidupan sendiri.

    Saya rasa tak juga. RM20k zaman sekarang, kebanyakan wanita boleh buat sendiri. Lebih daripada itu pun kita mampu belanjakan.

    Wanita zaman sekarang memang bekerja keras. Ramai antara kita yang ada perniagaan sendiri, bina kerjaya sendiri, dan mampu menjana pendapatan yang sangat baik.

    Memang betul-betul zaman wanita berdikari sekarang.

    Komen Intan kemudiannya mendapat perhatian ramai apabila rata-ratanya turut bersetuju dengan pendapat pelakon itu.

    MENARIK:  Tudingan Pemilik 'Carwash' Patahkan Kunci Kereta Pelanggan Disangkal, Minta Maaf dan Menolak Fitnah

    Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang individu mendakwa mustahil untuk seorang wanita sanggup berbelanja RM20,000 untuk sekeping tiket pas paddock melainkan ditaja oleh ‘sugar daddy’.

    Sumber: Threads

    The post Intan Najuwa Bidas Dakwaan Wanita Tak Mampu Belanja RM20,000 Tiket Paddock first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah