Pelakon Shakilla Khoriri tampil menyuarakan pandangan berhubung isu disiplin dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan sehingga ada kes membabitkan kehilangan nyawa.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Ulas Isu Isteri Luah Masalah Rumah Tangga Pada Orang Luar – ‘Dia Hilang Tempat Bercerita Di Rumah’
Artikel Berkaitan: ‘Generasi Z, Sila & Terus Mereput Macam Tahi’ – Perkongsian Shakilla Khoriri Mengenai Etika Kerja Golongan Muda Raih Perhatian
‘Rotan saja’

Menerusi perkongsian di media sosial, Shakilla berpendapat tindakan tegas seperti merotan masih wajar digunakan ibu bapa sebagai salah satu cara mendidik anak.
Menurut Shakilla, ibu bapa tidak seharusnya takut untuk menegur atau menghukum anak apabila mereka melakukan kesalahan.
Rotan saja lah! Apa masalah ibu bapa yang tak boleh terima ‘rotan’?
Bila anak dah jadi jahat, lepas itu baru terhegeh-hegeh nak tunding jari pada orang lain.
Sekarang ini ibu bapa terpaling takut nak tegur anak.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan disiplin anak sejak kecil agar mereka memahami batas perbuatan yang betul dan salah.
Anak buat salah pun masih dibela. Bila anak orang lain, laju saja kau gelak dan komen.
Sumber: Threads
The post Shakilla Khoriri Persoal Ibu Bapa Takut Tegur Anak – ‘Rotan Saja Lah’ first appeared on OHBULAN!.





