33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tracie Sinidol Dedah Pernah Disindir Kerana Dialek Sabah – ‘Biar Orang Cakap Apa, Kita Kena Berani Cuba’

    Shopee Sale

    Pelakon Tracie Sinidol mendedahkan dirinya mengambil masa sekitar dua hingga tiga tahun untuk membiasakan diri berlakon menggunakan bahasa Melayu.

    Artikel Berkaitan: Tracie Sinidol Selesa Kisah Peribadi Tak Jadi Tatapan Umum, Hubungan Dengan Hariz Hamdan Hanya Kawan – ‘Yang Tahu Tahulah’

    Artikel Berkaitan: Tracie Sinidol Hampir Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Bulu Tangkis, Trauma Main Badminton

    Disindir kerana dialek Sabah

    Ketika ditemui , Tracie mengakui dialek Sabah masih kerap terbawa-bawa ketika menjayakan sesuatu watak pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

    Tambah Tracie, dia turut berusaha memastikan sebutannya tepat dengan mendapatkan bantuan daripada rakan terdekat setiap kali menerima skrip selain bantuan daripada produksi.

    Ambil masa juga untuk saya buang dialek Sabah ketika berlakon. Masa awal-awal berlakon dulu memang ada juga terkeluar dialek itu.

    Ramai orang sekeliling saya bantu untuk ubah. Kalau tiada apa-apa penggambaran saya akan tonton filem-filem melayu.

    Masa awal dulu dapat skrip, saya tangkap gambar dan hantar pada kawan untuk saya pastikan sebutan itu betul.

    Dalam dua ke tiga tahun juga untuk saya betul-betul berlakon tanpa terkeluar dialek Sabah.

    Tracie berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad.

    MENARIK:  Janna Nick Kurang Senang Lelaki Gemar Kritik Fizikal Wanita – ‘Sibuk Body Shaming Isteri Orang, Isteri Sendiri Pun Tiada’

    Dalam pada itu, Tracie berkongsi pernah menerima sindiran mengenai cara percakapannya yang masih dipengaruhi dialek Sabah.

    Bagaimanapun, pelakon kelahiran Sabah itu memilih untuk mengambil perkara itu berkenaan sebagai ruang memperbaiki mutu lakonannya.

    Yang penting kita jangan malu. Biar lah orang cakap apa, kita kena berani cuba.

    Saya pernah disindir dengan cara percakapan dialek Sabah. Saya ambil perkara itu untuk tambah baik lakonan. Yang lebih-lebih saya biarkan saja.

    Ada juga yang cakap saya lupa daratan apabila banyak guna bahasa melayu. Nak buat macam mana? Kalau cakap Sabah sepenuhnya, ada orang yang tak faham.

    The post [VIDEO] Tracie Sinidol Dedah Pernah Disindir Kerana Dialek Sabah – ‘Biar Orang Cakap Apa, Kita Kena Berani Cuba’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah