Hasrat seorang lelaki mengambil buah avokado buat isterinya yang mengidam berakhir tragedi apabila dia maut selepas didakwa terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi, Selasa lalu.
Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Mangsa, Maikel Sahopala, meninggal dunia dalam kejadian di Kelurahan Madidir Unet, Lingkungan III, Kecamatan Madidir, Kota Bitung, sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan. Ketika kejadian, Maikel berada di lokasi bersama rakan sekerjanya.
Menurut Ketua kawasan iaitu Venly Karel Larepos, mangsa dipercayai cuba mendapatkan buah avokado menggunakan sebatang besi sebelum disyaki terkena jaringan elektrik bertegangan tinggi yang berada berhampiran pokok.
Dugaan sementara berlaku kesetrum kerana tegangan tinggi. Ketika dilihat di lokasi kejadian, mangsa masih memegang cungkel, iaitu besi taso.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sekitar pukul 12 tengah hari disahkan meninggal dunia,.
Sementara itu, rakan sekerja mangsa, Salomon Kasangke berkata, dia sempat bertemu Maikel pada pagi hari kejadian sebelum mereka bersama-sama ke tempat kerja.
Menurut Salomon, Maikel turut memintanya mengambil sebuah beg yang berada di kawasan tersebut sebelum meneruskan aktiviti. Tidak lama selepas itu, Maikel ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pemeriksaan dijalankan bagi mendapatkan maklumat serta mendalami punca dan kronologi kejadian, termasuk dakwaan mangsa terkena aliran elektrik bertegangan tinggi.
Kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Berita Manado
The post Kait Buah Avokado Untuk Isteri Hamil, Lelaki Maut Didakwa Terkena Renjatan Elektrik first appeared on OHBULAN!.





