33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dua Hari Dekat Paddock, Kenal Bau Dia’ – Petugas F1 Puji Minyak Wangi Intan Najuwa, Riena Diana ‘Spill’ Jenis Perfume

    Shopee Sale

    Seorang individu yang bertugas pada perlumbaan Formula 1 (F1) di Sepang baru-baru ini mengakui terpukau dengan haruman minyak wangi yang digunakan pelakon, Datin Intan Najuwa.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Bidas Dakwaan Wanita Tak Mampu Belanja RM20,000 Tiket Paddock

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Belum Cekap Urus Anak, Pembantu Banyak Mudahkan Kerja – ‘Kami Ikut Giliran Jaga Lunara’

    Bau minyak wangi Intan Najuwa

    Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkata, haruman yang dipakai Intan begitu kuat sehingga dia boleh mengenal pasti kehadiran pelakon itu hanya menerusi baunya.

    Perfume Intan Najuwa wangi gila. Dua hari kerja dekat Paddock Club dah boleh kenal bau perfume dia. Dari jauh pun dah tahu.

    Kenyataan tersebut turut mendapat perhatian aktres Riena Diana yang mengakui Intan sememangnya dikenali sebagai seorang yang sentiasa berbau harum.

    Intan memang selalu wangi! Ingat lagi masa kerja Hot FM interview dia, saya sempat tanya perfume apa masa itu dia cakap Spice Blend Dior, tapi itu beberapa tahu lalu. Sampai sekarang saya masih simpan perfume itu sebab dia.

    Sementara itu, Intan di ruangan balas turut meninggalkan komen ringkas mengucapkan terima kasih atas pujian diberikan.

    MENARIK:  Pierre Andre ‘Hilang’ 10 Tahun Fokus Pada Perniagaan, Sukar Berjauhan Dengan Anak-Anak

    Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna media sosial mengenai minyak wangi yang menjadi pilihan Intan sehingga aromanya mampu dikenali dari jauh.

    Sumber: Threads

    The post ‘Dua Hari Dekat Paddock, Kenal Bau Dia’ – Petugas F1 Puji Minyak Wangi Intan Najuwa, Riena Diana ‘Spill’ Jenis Perfume first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah