30.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dianggap Sombong & Tak Mesra, Tya Ariffin Mohon Maaf – ‘Saya Rabun Jauh & Introvert’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Tya Ariffin memohon maaf kepada mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kurang baik ketika berinteraksi dengannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Luang Masa Sebaiknya Dengan Anak-Anak, Mereka Hari Ini Tak Akan Sama Dengan Hari Esok’ – Tya Ariffin

    Artikel Berkaitan: Tya Ariffin Kesal Beg Stok Susu Badan Lewat Tiba Dari London

    Tya Ariffin mohon maaf

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Tya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah menganggap dirinya sombong atau kurang mesra ketika berjumpa. Menurut Tya, dia tidak pernah berniat untuk bersikap sedemikian terhadap sesiapa.

    Sejujurnya, ini dari dalam hati saya. Saya tak pernah ada niat macam tu. Saya dilahirkan daripada keluarga yang sederhana dan permulaan jalan saya juga tidak mudah.

    Jadi, untuk berniat sengaja nak sombong itu bukan niat dari diri saya.

    Mengulas lanjut, Tya menjelaskan bahawa dia mengalami masalah rabun jauh dan keadaan itu mungkin menyebabkan dia tidak menyedari kewujudan atau tidak membalas senyuman sesetengah individu ketika berada di tempat awam.

    Kalau saya tak pakai kaca mata atau tak balas senyuman kalian, I’m so sorry. Memang saya tak nampak sebab saya rabun jauh.

    Saya sebenarnya orang yang introvert, tak begitu pandai berkawan. Kawan boleh hitung jari dari masa sekolah sampai hari ini.

    Untuk kalian yang personally kenal saya, insya-Allah boleh tahu saya macam mana.

    Dalam pada itu, Tya mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan berjanji untuk terus memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

    Jadi, kepada sesiapa yang sebelum ini ada pengalaman tak baik dengan saya, I’m so sorry again. 

    Saya bukanlah orang yang sempurna, masih banyak benda yang perlu dipelajari dan saya juga akan improve jadi lebih baik.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  9 Hari Lagi Ramadan Tiba.. Perlu Bayar Fidyah Atau Qadha Jika Puasa Tertinggal? Kenali Golongan Yang Terlibat

    The post Dianggap Sombong & Tak Mesra, Tya Ariffin Mohon Maaf – ‘Saya Rabun Jauh & Introvert’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah