Personaliti media sosial dan guru, Cikgu Zack Kirana meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ibu bapa yang didakwa meletakkan tanggungjawab membentuk akhlak anak-anak sepenuhanya kepada guru-guru.
Artikel Berkaitan: ‘Rasanya Dah Tiba Masa, Wajibkan Lawatan Sekolah Ke Penjara’ – Cikgu Zack Kirana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masalah Sebenar Adalah Gajet, Pelajar Terdedah Dengan Budaya Tak Elok’ – Azhar Sulaiman
Pandangan Zack

Menurut Zack, sekolah memainkan peranan penting dalam memberikan ilmu serta menerapkan elemen disiplin, namun asas pembentukan sahsiah diri anak-anak tetap bermula daripada didikan keluarga.
Menurut Zack, guru mempunyai peranan dalam membentuk tingkah laku dan akhlak pelajar, namun tanggungjawab tersebut tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu mereka.
Pembentukan sahsiah anak-anak bermula dari rumah. Sekolah ialah institusi yang memberikan nilai tambah yang lain seperti ilmu pendidikan, disiplin hidup dan lain-lain.
Jadi, kalau anak dah perangai serupa syaitan dan tak ada hati perut, tanya mak ayah dulu baru tanya cikgu.
Walau hebat macam mana pun cikgu-cikgu dapat hidu perangai murid-murid, peranan cikgu sangat terhad, bukan anak dia.
Nak bina akhlak dan sahsiah ini, hampir 100% dari rumah. Maaflah marah betul ini, sedih dan geram.
Dalam masa yang sama, Zack juga berharap ibu bapa tidak mengambil ringan sekiranya berlaku kes melibatkan jenayah atau salah laku dalam kalangan anak-anak.
Kalau pelaku jenayah bawah umur terlepas, harap-harap mak ayah tak terlepas. Generasi sekarang dah makin sakit!
Selain itu, penambahbaikan dari segi keselamatan juga diakui penting, namun keperibadian pelajar adalah aspek utama.
Ya, sekolah kena tambah baik tahap keselamatan. Tapi kalau anak dah jahat, dalam longkang belakang perumahan pun dia tetap boleh buat jahat dekat anak orang!
Sumber: Threads
The post ‘Kalau Anak Tak Ada Hati Perut, Tanya Mak Ayah Dulu Baru Tanya Cikgu’ – Zack Kirana first appeared on OHBULAN!.





