Bergelar anak kepada penyanyi legenda bukan bermakna segala sisi kehidupan seseorang itu sudah diketahui umum.
Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani yang sebenarnya mempunyai beberapa minat, kebiasaan dan sisi peribadi yang mungkin tidak pernah diketahui peminat sebelum ini.
Daripada memiliki minat dalam seni lukisan sehinggalah mempunyai perangai suka mengusik orang terdekat, beberapa pengakuan Zaki kali ini cukup mencuri perhatian.
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Dedah Peminat Labur Ribuan Ringgit Untuk AMT 2026 – ‘Takut Sebab Mereka Keluarkan Duit’
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Bukan Mudah Jadi Anak Legenda, Zaki Yamani Pernah Ragu Pada Diri & Karier – ‘Ada Masa Saya Down Sehari Dua…’
Jom Semak 4 Sisi Menarik Zaki Yamani!
#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
Menerusi #TriviaXTRA kali ini, jom kenali empat sisi menarik Zaki Yamani yang juga merupakan anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah.
1. Suka Melukis Potret Seseorang
Selain muzik dan lakonan, Zaki rupanya mempunyai minat terhadap seni lukisan.
Menurut Zaki, dia gemar melihat gambar seseorang sebelum cuba menghasilkan lukisan individu tersebut.
Saya suka melukis seseorang, dan saya akan tengok gambar dia dan melukis.
Nampaknya, bakat seni Zaki bukan hanya terhad di pentas, malah turut diterjemahkan menerusi hasil lukisan.
2. Pernah Belajar Martial Arts
Tidak hanya berbakat dalam bidang seni, Zaki juga pernah mempelajari seni mempertahankan diri atau martial arts.
Saya pernah belajar martial arts.
Perkara itu menjadi satu lagi sisi Zaki yang mungkin tidak diketahui ramai peminat.
3. Suka Menari Dalam Tandas
Antara pengakuan yang cukup mencuit hati, Zaki mendedahkan dia mempunyai tabiat suka menari ketika berada di dalam tandas.
Saya suka menari dalam tandas.
Siapa sangka, ruang privasi itu menjadi antara tempat Zaki bebas menunjukkan ‘dance moves’ tanpa perlu memikirkan pandangan orang lain.
4. Suka ‘Rage Bait’ Orang Terdekat
Zaki turut mengakui dirinya gemar melakukan rage bait atau sengaja mengusik seseorang bagi mendapatkan reaksi.
Bagaimanapun, perkara tersebut hanya dilakukan terhadap individu yang rapat dengannya.
Saya suka ‘rage bait’ orang. Tak kisah sesiapa tapi hanya orang yang terdekat dengan saya sahaja.
Nampaknya, di sebalik personalitinya yang bersahaja, Zaki juga mempunyai sisi nakal dan gemar mengusik orang-orang terdekat.
Daripada minat melukis sehinggalah tabiat menari dalam tandas, perkongsian ini sedikit sebanyak memperlihatkan sisi Zaki yang lebih santai dan jarang diketahui peminat.
The post #TriviaXTRA: Suka Lukis Potret, Gemar ‘Rage Bait’ Orang Terdekat… Ini 4 Sisi Zaki Yamani Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.





