Bekas isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli, kembali menjadi perhatian selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pempengaruh, Wardatina Mawa.
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Mengaku Masih Isteri Virgoun, Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Peguam
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Mengaku Masih Isteri Virgoun, Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Peguam
Inara jadi orang ketiga?

Menerusi laporan Detik, perkara tersebut terbongkar selepas Wardatina membuat pendedahan kepada pihak media dengan mendakwa seorang pempengaruh iaitu IR menjalinkan hubungan sulit dan berzina dengan suaminya, Insanul Fahmi.
Saya baru melaporkan isu perselingkuhan dan perzinahan suami saya, Insanul Fahmi, dan salah satu public figure inisial IR.
Meskipun tidak mendedahkan nama mana-mana individu namun dipercayai IR yang dimaksudkan ialah Inara Rusli.
Menurut Wardatina, dia hanya mengetahui hubungan sulit itu sejak Ogos 2024. Ketika ditanya mengenai bukti, Wardatina berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berupa rakaman CCTV.
Buktinya ada CCTV. CCTV terkait hubungan mereka.
Hubungan antara suaminya dan Inara Rusli dikatakan bermula sekitar akhir Julai 2024 iaitu ketika mereka menjalinkan kerjasama sebagai rakan perniagaan dan teman kajian.
Wardatina turut memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah mengakui hubungan tersebut.
Sementara itu, Wardina menegaskan bahawa fokus utamanya ialah menuntut keadilan dan menyerahkan kepada undang-undang.
Sumber: Detik
The post Inara Rusli Didakwa Jadi ‘Penyondol’, Zina Dengan Suami Pempengaruh? first appeared on OHBULAN!.





