Dunia hiburan hari ini bukan lagi sekadar tentang memiliki bakat atau menyertai pertandingan, sebaliknya seseorang artis juga perlu bijak membina identiti serta memastikan diri kekal relevan di mata peminat.
Malah, kehadiran media sosial dilihat semakin memainkan peranan besar dalam menentukan sejauh mana seseorang artis mampu mencipta nama dan mendapat perhatian dalam industri.
Artikel Berkaitan: #SkoolXTRA: Pernah Kena Pumping 100 Kali, Viviana Imbau Kenangan Zaman Sekolah
Artikel Berkaitan: Selepas Kisah Viviana Tular, Ramai Mangsa Hubungi Ani Maiyuni – ‘Ada Lagi Teruk, Sampai Lutut Dibedah’
Banyak Berkorban Dari Segi Masa
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Menerusi segmen POV XTRA kali ini, penyanyi Viviana Zairi yang juga anak kepada penyanyi Ani Maiyuni berkongsi pandangannya mengenai cabaran membina nama sebagai penyanyi baharu, khususnya dalam era media sosial.
Menurut Viviana, antara pengorbanan terbesar yang perlu dilakukannya ketika ini adalah dari segi masa apabila waktu berehat terpaksa dikurangkan demi memberikan tumpuan terhadap kerjaya.
Pengorbanan saya mungkin dari segi masa. Masa nak rehat kena korbankan. Nak masuk industri sekarang ini terlalu senang untuk jadi terkenal.
Walaupun masuk pelbagai pertandingan, kalau tiada usaha untuk buat orang suka dengan kita, kita kena rajin buat content di media sosial supaya orang beri sokongan.
Masih Cari Identiti Di Media Sosial
Dalam masa sama, Viviana mengakui dia masih mencari formula kandungan yang sesuai untuk diketengahkan di media sosial bagi membina identitinya sendiri.
Saya sebenarnya pun masih merangka content. Vlog dan unboxing ramai dah buat. Saya perasan selebriti sekarang kadangkala ada trademark mereka.
Contohnya macam Janna Nick ada ‘biasa je nyah’. Jadi saya tengah fikir apa benda saya nak buat.
Masih dalam perancangan. Doakan saya, semoga semua orang suka tengok saya.
View this post on Instagram
TikTok Tak Boleh Dipandang Remeh
Bagi Viviana, jumlah pengikut di media sosial kini turut menjadi antara perkara yang sering diberi perhatian dalam industri.
Justeru, dia berpendapat platform seperti TikTok tidak boleh dianggap sekadar medium hiburan semata-mata.
Sekarang ini apa-apa pun semua orang akan tanya pengikut di media sosial berapa banyak. Jadi saya rasa TikTok ini bukan satu platform yang kita patut pandang remeh.
Bagaimanapun, peningkatan perhatian terhadap dirinya juga membuatkan Viviana lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dikongsikan kepada umum.
Dalam masa sama saya juga perlu berhati-hati. Banyak mata memerhati, lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar penyanyi.
Ketika ditanya sama ada pernah berdepan situasi pihak tertentu melihat jumlah pengikut media sosial terlebih dahulu sebelum menawarkan lagu, Viviana berkata perkara tersebut belum pernah berlaku kepadanya.
Alhamdulillah, saya tak pernah lagi sampai macam itu. Mereka memang mahu saya dan percaya dengan kebolehan saya.
Bagi Viviana, bakat kekal menjadi asas penting dalam industri seni, namun usaha membina jenama diri serta hubungan dengan peminat menerusi media sosial kini menjadi sebahagian daripada realiti yang perlu diterima oleh generasi artis baharu.
The post POV XTRA: Nak Jadi Artis Sekarang Kena Ada ‘Trademark’? Viviana Akui Masih Cari Identiti Sendiri – ‘Kena Rajin Buat Content Supaya Orang Suka’ first appeared on OHBULAN!.






