30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Selalu Sampai Awal Di Set, Saya Boleh Buat Banyak Perkara’ – Adam Corrie

    Shopee Sale

    Pelakon, Adam Corrie berpandangan bahawa industri kreatif tidak wajar dilabel sebagai maksiat secara umum kerana setiap karya yang dihasilkan bergantung kepada niat serta pilihan individu yang terlibat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tegas Bab Solat, Setiap Hari Dia Kena Solat Berjemaah Walaupun Baru 8 Tahun’ – Adam Corrie

    MENARIK:  Abby Abadi Titip Ucapan Hari Jadi Buat Marissa Dania – ‘Siapa Buat Adik Menangis Beritahu, Mama Datang’

    Artikel Berkaitan: ‘Islam Bukan Tentang Rasa Dulu Baru Dekat, Tapi Dekat Dulu..Baru Allah Bagi Rasa’ – Adam Corrie

    Solat tanggungjawab setiap individu

    " data-video-id="7657059686524505364" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nanordstudio

    Ramai tengok industri seni dari sudut negatif. Hakikatnya, ini cuma satu bidang pekerjaan untuk cari rezeki. Macam industri lain juga, baik atau buruk bergantung pada pilihan individu, bukan industrinya. @adamcorrie_ @iamnanord @orangperang2026 #IndustriSeni #IndustriKreatif #SeniMalaysia #KreatifMalaysia #AnakSeni #CariRezeki #PodcastMalaysia #Pandangan #FYPMalaysia #UntukAnda #BBNS

    ♬ original sound – Nanord Studio – Nanord Studio

    Menerusi satu sesi temu bual bersama Nanord Studio, pemilik nama penuh Adam Corrie Lee Abdullah berpendapat bahawa meskipun sesebuah produksi menyediakan kemudahan seperti surau di lokasi penggambaran, pelaksanaan ibadah tetap bergantung kepada kesedaran dan tanggungjawab masing-masing.

    Kalau industri kreatif ini maksiat, apa yang maksiatnya? Kita buat cerita tentang orang perang, cerita true story.

    Dosa atau tidak dosa itu terpulang pada diri sendiri.

    Contoh macam kita shoot cerita orang perang, kita dah sediakan satu surau di set.

    Terpulanglah pada awak nak solat atau tak nak solat, nak buat solat sunat pun, itu terpulanglah.

    Dalam pada itu, Adam turut menegaskan bahawa kehadiran awal ke set penggambaran memberi ruang kepadanya untuk mengurus masa dengan lebih teratur serta menyelesaikan pelbagai perkara sebelum memulakan sesi penggambaran.

    Sebab itu saya selalu sampai awal di set.

    Bila sampai awal, saya boleh buat banyak perkara.

    Saya nak makan, nak buat solat sunat dulu atau nak solat dhuha pun, terpulang pada diri saya.

    Jadi, kalau nak kata maksiat, apa yang maksiatnya? Kita buat cerita tentang orang perang, cerita berdasarkan true story.

    Tegasnya lagi, ibadah solat adalah tanggungjawab peribadi setiap individu kepada Allah, dan setiap orang akan dipersoalkan mengenai amalannya sendiri.

    Solat ini sebenarnya untuk diri kita, bukan untuk orang lain.

    Di akhirat nanti, Allah tanya awak punya solat sahaja.

    Bukan tanya, ‘Eh, kawan awak solat tak?’

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Selalu Sampai Awal Di Set, Saya Boleh Buat Banyak Perkara’ – Adam Corrie first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah