32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aurat Wanita Tua Yang Tiada Keinginan Berkahwin, Ini Penjelasannya

    Shopee Sale

    Pencipta kandungan yang dikenali sebagai Kak Tam tampil memberi penjelasan mengenai batas aurat bagi wanita yang sudah lanjut usia.

    Artikel Berkaitan: ‘Wanita Muslim Tak Boleh Pergi Gim Umum Kalau Betul Nak Jaga Aurat’ – Isa Khan

    Batas aurat

    Menerusi hantaran di TikTok, Kak Tam berkata masih ramai yang kurang memahami hukum berkaitan aurat wanita tua, sekali gus menyebabkan timbul pelbagai salah faham.

    Ramai yang kurang faham tentang aurat. Ini tentang ramai yang tegur mengenai aurat mak. Saya ingin beri sedikit pencerahan tentang aurat orang tua.

    Saya akan terangkan aurat seorang wanita yang dah tak akan dipinang, tak akan berkahwin atau senang cerita yang sangat tua dan tiada keinginan terhadap lelaki.

    Aurat mereka hanyalah pada bahagian anggota sulit, iaitu daripada dada hingga ke alat sulit. Bahagian tangan, rambut dan kaki tidak lagi dikira sebagai aurat.

    Menurut Kak Tam, penjelasan itu dibuat susulan teguran yang diterimanya selepas berkongsi video yang memaparkan bahagian leher ibunya sehingga ada yang mendakwa aurat wanita warga emas itu telah terdedah.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Rebah Ketika Latihan Senamrobik Sempena Kempen Pilihan Raya Maut Tersebut

    Dalam masa sama, Kak Tam memaklumkan dia mula mendalami ilmu berkaitan hukum aurat serta ibadah bagi individu yang uzur selepas keadaan kesihatan ibunya semakin merosot dan terlantar di atas katil.

    Bila mak saya bedridden macam sekarang, saya belajar ilmu tentang aurat daripada ustaz, termasuk cara solat mak saya. Malah saya juga ubah suai bilik mak supaya lebih mudah untuk dia mandi dan mengambil wuduk.

    Kak Tam turut berkongsi semula ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang mengulas mengenai isu sama.

    Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan wargamaya mula cakna tentang perkara itu dan mengakui menimba ilmu baharu.

    Sumber: TikTok

    The post Aurat Wanita Tua Yang Tiada Keinginan Berkahwin, Ini Penjelasannya first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah