Isteri kepada usahawan Datuk Red iaitu, Rohanita menzahirkan sokongan penuh kepada suaminya meskipun pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Usahawan Rohanita
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Lupa Bayar Hutang Ayah Saya’ – Wanita Ini Beri Peringatan Kepada Datuk Red, Dakwa Ditipu Beli Tanah RM48,000
Isteri menyokong Datuk Red
Menerusi hantaran di TikTok, Rohanita memuat naik video memaparkan Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, sedang bekerja mengangkat barang.
Dalam hantaran sama, Rohanita berkata, Datuk Red mengakui dirinya mempunyai banyak kekurangan, namun sebagai isteri dia tetap percaya suaminya adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Dia tahu dia seorang yang bankrup, dia tahu dia seorang bapa yang gagal, dia tahu dia banyak hutang, dia tahu ramai yang benci dia.
Dia cakap dengan saya, malu nak kahwin dengan saya.
Tapi saya nampak usaha dia, saya tak ada bagi dia duit.
Menurut Rohanita, dia menyaksikan sendiri suaminya membanting tulang untuk melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak sebelum ini.
Setiap hari dia akan cakap, ‘abang nak bayar hutang.’
Masa dia dah tak lama, dia tahu setiap hutang kena bayar.
Setiap hari dari pagi sampai ke malam dia berniaga, rindu anak-anak ditahannya.
Bagi la dia sedikit masa, saya yakin dia mampu lunaskan.
Dia hanya perlu kekuatan dan semangat.
Sementara itu, Rohanita juga menitipkan doa buat Datuk Red agar setiap urusannya dipermudahkan, selain berjanji akan sentiasa berada di sampingnya.
Abang, sayang berdoa agar abang sihat dan selesaikan tanggungjawab abang, saya di belakang dan saya tidak akan pergi.
Ya Allah, jika benar doa isteri mampu menembus langit, maka izinkan aku merayumu dengan segala cintaku.
Sebagaimana suamiku memuliakanku dengan segala cintanya. Maka muliakanlah dia dengan keberkahan hidup, kesihatan serta rezeki yang halal dan berlimpah.
Jagalah hatinya agar selalu tenang, lapangkan langkahnya dalam setiap ikhtiar dan bahagiakanlah dia sebagaimana ia membahagiakanku setiap hari.
Terdahulu, seorang individu tampil mendakwa bahawa bapanya merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam urusan pembelian tanah yang dikaitkan dengan usahawan Datuk Red di Hulu Langat, Selangor.
Sekadar info, pada 3 Julai lalu Datuk Red dan Rohanita selamat disatukan sebagai suami dan isteri. Pernikahan mereka turut meraih lebih 15,000 tontonan di akaun rasmi TikTok Datuk Red.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Setiap Hari Dia Cakap Abang Nak Bayar Hutang, Dari Pagi Sampai Malam Berniaga’ – Isteri Datuk Red first appeared on OHBULAN!.



Jagalah hatinya agar selalu tenang, lapangkan langkahnya dalam setiap ikhtiar dan bahagiakanlah dia sebagaimana ia membahagiakanku setiap hari 

