Bapa kepada pelajar Tingkatan Tiga yang parah selepas ditikam sebanyak 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting memaklumkan sehingga kini dia belum menerima sebarang panggilan atau makluman daripada keluarga suspek berhubung kejadian itu.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Ada Dakwaan Dia Membuli, Saya Rasa Tidak Mungkin Berlaku’ – Bapa Mangsa Serah Siasatan Kepada Polis
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Sempat Lari’ – Bapa Mangsa T*kaman Di Sekolah Banting Dedah Keadaan Anak, Percaya Bukan Sasaran Suspek
Belum hubungi

Menurut Mohd. Firuz Ibrahim, 43, dia tidak menolak untuk bertemu keluarga suspek sekiranya mereka ingin berbincang mengenai insiden tersebut. Namun, buat masa ini dia masih belum bersedia untuk menerima sebarang permohonan maaf.
Permohonan maaf, bergantung kepada keadaan semasa (perkembangan anak). Setakat ini saya tidak menerima sebarang panggilan daripada keluarga suspek.
Kalau ada keluarga yang menghubungi dan mahu memohon maaf, itu payah hendak cerita, kena tengok keadaan dahulu.
Dalam pada itu, Mohd. Firuz mengakui sedih melihat keadaan anak keduanya yang terpaksa menanggung kecederaan serius akibat serangan berkenaan.
Kalau luka sedikit pun sudah sakit, ini pula luka akibat tikaman sebegitu. Memang saya sedih sangat melihat keadaan anak. Namun, perkara itu sudah berlaku, kita kena terima dengan reda.
Dalam kejadian pada Isnin, anaknya yang merupakan pelajar berusia 15 tahun dilaporkan ditikam antara 14 hingga 16 kali pada bahagian muka dan belakang badan sehingga menyebabkan kecederaan yang menembusi paru-paru.
Menurutnya, dia ada menerima pelbagai mesej termasuk menerusi WhatsApp yang mendakwa wujud senarai 10 nama pelajar, termasuk nama anaknya, namun kesahihan maklumat tersebut masih belum dapat dipastikan.
Ada juga dengar cerita, termasuk yang dihantar melalui Whatsapp iaitu senarai nama ada 10 orang dan nama anak saya turut terselit. Tetapi tak tahu motifnya dan kita sendiri tak dapat kepastian atau tak tahu situasi sebenar.
Surat yang tular pun tak diyakini ditulis oleh rakannya (suspek). Biarlah polis yang membuat siasatan untuk mengetahui perkara sebenar.
Mohd. Firuz turut berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab, selain menyeru pengurusan sekolah memperketatkan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, anaknya yang merupakan pelajar berusia 15 tahun dilaporkan ditikam antara 14 hingga 16 kali pada bahagian muka dan belakang badan sehingga menyebabkan kecederaan yang menembusi paru-paru.
Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disahkan peguamnya menghidap autisme telah direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan polis.
Sumber: Utusan Malaysia
The post Kes Tikam: Bapa Mangsa Dedah Keluarga Suspek Belum Hubungi, Ada Kemungkinan Untuk Memaafkan first appeared on OHBULAN!.





