32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keramat Gunung Jerai’ Kini Eksklusif Di Tonton, Janji Pengalaman Seram Luar Biasa

    Shopee Sale

    Filem psikologi seram berjudul Keramat Gunung Jerai bakal menemui penonton secara eksklusif di Tonton bermula 8 Julai 2026.

    Artikel Berkaitan: 223 Pemenang Kempen ‘Tonton Non Stop, On Top’ Diumumkan, Rebut Peluang Seterusnya Di Pusingan 2

    Artikel Berkaitan: Hampir 1,000 Peserta Rebut Ganjaran Menerusi ‘Tonton Non Stop, On Top!’

    Keramat Gunung Jerai

    Keramat Gunung Jerai mencipta sejarah sebagai Tonton Originals pertama yang diperkenalkan menerusi model Transactional Video on Demand (TVOD), dengan tawaran Pay-Per-View (PPV) pada harga hanya RM12.

    Naskhah ini juga merupakan kandungan PPV kedua di platform Tonton, selepas Fury Championship Vol. 2 menerima sambutan menggalakkan daripada penonton.

    Mengangkat elemen psikologi dan seram, Keramat Gunung Jerai menampilkan kisah yang sarat dengan konflik persahabatan, obsesi, penyesalan serta misteri yang mengundang pelbagai persoalan.

    Penceritaan bermula apabila tiga sahabat karib mengambil keputusan mendaki Gunung Jerai bagi melaksanakan satu ritual terlarang. Di sana, mereka tertarik dengan kewujudan sebuah batu misteri yang dikatakan mampu memakbulkan setiap hajat manusia. Namun, sejak malam tersebut, kehidupan mereka berubah sepenuhnya apabila kejayaan hadir tanpa diduga, seolah-olah setiap impian mereka ditunaikan oleh satu kuasa ghaib.

    MENARIK:  Pengasas Aurebella Beauty, Ruhainies, Didakwa Mengalami Kemurungan Teruk dan Tarik Diri Sebagai Duta Produk

    Kemuncak kemelut ini berlaku bertahun kemudian apabila anak perempuan salah seorang daripada tiga sahabat itu diserang penyakit aneh yang tidak mampu dijelaskan oleh logik akal.

    Dibayangi rasa bersalah dan berada dalam keadaan terdesak, bapa kepada anak perempuan tersebut nekad kembali ke Gunung Jerai dengan harapan dapat memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu. Namun, semakin jauh pencariannya, semakin banyak rahsia gelap yang mula terbongkar.

    Menampilkan barisan pelakon berkaliber antaranya Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, ledil Dzuhrie Alaudin dan Sara Ali, filem ini merupakan  arahan sulung Luqman Hafidz serta terbitan Lumatic Films (BRU, Imaginur, Terbaik Dari Langit).

    Saksikan Keramat Gunung Jerai secara eksklusif di platform Tonton bermula 8 Julai 2026.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

    The post ‘Keramat Gunung Jerai’ Kini Eksklusif Di Tonton, Janji Pengalaman Seram Luar Biasa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah