31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aina Abdul Perjelas Sebab Terbang Ke Jepun Untuk Shoot MV – ‘Cara Saya Hiburkan Diri, Bercuti Sambil Bekerja’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mempunyai alasan tersendiri mengapa dia sanggup terbang jauh ke Jepun demi menjayakan penggambaran video muzik bagi dua lagu terbaharunya, Sadis dan Berjauh-an.

    Artikel Berkaitan: Peminat Kangen Lagu ‘High Note’, Aina Abdul Respon – ‘Dulu Kecam, Bila Takda Baru Nak Rindu’

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Perjelas Guna ‘Takda’ Dalam ‘Sadis’ – ‘Perkataan Harian Kita Bila Bercakap’

    Shoot MV di Jepun

    Menerusi satu hantaran di Threads, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menjelaskan konsep work hard, play hard menjadi pegangan yang diamalkannya sejak dahulu lagi.

    Kenapa saya sanggup travel jauh-jauh untuk shoot video muzik? Jawapan saya adalah ‘work hard, play hard’.

    Dari dulu, itulah cara saya hiburkan diri. Sambil bercuti, sambil bekerja. Kalau nak rancang tarikh khas untuk bercuti, jawabnya memang tak akan jadilah holiday itu.

    Jepun jadi pilihan sebab muzik kali ini terasa dekat dengan aesthetic di sana. Allah mudahkan segalanya. Dari kos penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya, semuanya masih masuk akal lepas kira-kira.

    Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) itu lagi, menguruskan sendiri perjalanan kerja bersama pasukannya bukan lagi sesuatu yang asing kerana mereka sudah terbiasa.

    Bila dah bertahun buat kerja sendiri macam ini, rancang sendiri, benda itu dah jadi kebiasaan untuk saya dan team. Dapat pula geng yang senang bekerja, tak berkira masa dan wang ringgit. Itu semua rezeki Allah nak bagi.

    Nak cerita panjang lagi, tapi korang tengok dulu video muzik terbaru saya. Ada di YouTube Aina. Tajuk lagu Sadis. Alhamdulillah, streaming di Spotify sahaja dah 130,000 lebih.

    Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat yang memuji kesungguhan Aina menghasilkan karya berkualiti meskipun perlu mengeluarkan usaha dan komitmen yang besar.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sebenarnya Kisah Itu Berkait Dengan Hijrah Juga, Saya Jadi Lebih Baik’ – Abby Abadi

    Sumber: Threads

    The post Aina Abdul Perjelas Sebab Terbang Ke Jepun Untuk Shoot MV – ‘Cara Saya Hiburkan Diri, Bercuti Sambil Bekerja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah