32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Onn nafi pelajar Tvet dikerah hadir kempen BN

    Shopee Sale

    Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan bahawa pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri program kempen parti itu pada Sabtu lalu.

    “Mana ada. Tiada paksaan,” katanya ringkas seperti dipetik FMT.

    Satu video tular memaparkan Onn di atas pentas program Jelajah TVET Mara, ketika dia menyeru sokongan kepada calon BN dalam pilihan raya negeri Johor.

    Dia turut mengingatkan penduduk Simpang Renggam supaya mengundinya ketika membuang undi.

    Onn berkata kerajaan Johor juga akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi Mara merangkap Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, yang dilihat hadir pada program itu.

    Kenyataan Onn, seperti dilaporkan FMT, dibuat sebagai maklum balas terhadap dakwaan calon PH bagi kerusi Perling, Tee Boon Tsong, yang dilaporkan mendakwa menerima aduan daripada pelajar yang diwajibkan hadir pada program yang diadakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kluang.

    Tee turut dilapor menyoal dakwaan penggunaan premis kerajaan untuk kempen pilihan raya, dengan berkata bangunan itu bukan aset BN.

    MENARIK:  Speaker: RUU Perkhidmatan Parlimen langkah berani PM

    Dia berkata belum membuat laporan polis berhubung perkara itu kerana mahu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Onn dan LHDN.

    Sementara itu, Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching hari ini turut menggesa Onn memberikan penjelasan lanjut mengenai dakwaan tersebut.

    Teo dipetik Bernama berkata pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa dan pelajar yang mendakwa mereka diwajibkan menghadiri Program Jelajah TVET Mara Negeri Johor di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kluang pada 4 Julai lepas.

    Menurutnya, arahan itu disertakan dengan amaran bahawa ketidakhadiran akan dianggap sebagai ponteng, namun program berkenaan didakwa bertukar menjadi platform meraih sokongan untuk calon BN.

    “Kalau ini program kerajaan, tidak sepatutnya digunakan untuk berkempen tetapi kalau ini program parti, saya mahu tahu adakah dewan milik agensi kerajaan boleh digunakan untuk tujuan kempen politik,” katanya.

    Teo yang juga timbalan menteri komunikasi berkata pihaknya turut mempunyai salinan atur cara program, surat arahan kehadiran wajib serta rakaman video yang didakwa memaparkan ucapan berunsur kempen itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah