30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Qi Razali Syukur Gaya Pengacaraan Dihargai – ‘Ada Yang Kata Mereka Membesar Tengok Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Qi Razali mengakui berasa sangat tersentuh apabila mengetahui program pengembaraan yang dikendalikannya masih mendapat tempat di hati penonton.

    Artikel Berkaitan: Qi Razali Jadikan Kejayaan Aedy Ashraf Sebagai Dorongan Bergelar Pengarah

    Artikel Berkaitan: Netizen Rindu Qi Razali – ‘Memang Seronok Kalau Dia Jadi Pengacara Rancangan Travelog’

    Syukur

    Ketika ditemui , pemilik nama Qushairi Muhammed Razali, 49, tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila kredibilitinya dalam mengendalikan program dianggap mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

    Saya ada terbaca mengenai hantaran itu dan ada yang komen mereka membesar melihat saya jadi pengacara travelog.

    Bila terbaca, saya ada rasa terharu dan sebak juga.

    Bagaimanapun, kata Qi perkara itu tidak membuatkannya berasa bangga sebaliknya menghargai setiap perkara baik yang ditujukan kepadanya.

    Saya tidaklah berasa bangga diri. Alhamdulillah.

    Saya rasa bersyukur penonton masih boleh terima dan suka tonton saya pun travelog.

    Ini bermakna, mereka selesa dengan gaya pengacaraan saya.

    Menyentuh mengenai kehadiran ramai pengacara baharu, Qi berkata mereka mempunyai identiti unik yang tersendiri dalam memikat hati penonton mengikut peredaran zaman.

    Kepada yang baru pun (pengacara) mungkin mereka ada cara tersendiri untuk buat travelog.

    Sebagai contoh dalam format seterusnya mungkin ada pengacara yang akan membawakan elemen VR ketika mengendalikan acara.

    Terdahulu, kehandalan Qi dalam mengacarakan sebuah rancangan destinasi pelancongan di Youtube mendapat sambutan dan reaksi positif daripada orang ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Buat Pertama Kali Shiha & Ieda Zikir Rangkul Gelaran Juara Mingguan Famili Duo, Persembahan Penuh Emosi Buat Penonton Menangis

    The post Qi Razali Syukur Gaya Pengacaraan Dihargai – ‘Ada Yang Kata Mereka Membesar Tengok Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah