32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamas bubar pentadbiran Gaza: Belgium pertimbang iktiraf Palestin

    Shopee Sale

    Kerajaan Belgium sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf Palestin selepas Hamas mengumumkan bahawa ia telah membubarkan badan pentadbirnya di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik agensi berita Belga.

    Menteri Luar Maxime Prevot memberitahu penyiar VRT lewat Isnin bahawa beliau mengarahkan Kabinetnya untuk menyediakan keputusan bagi mengiktiraf Palestin.

    Perdana Menteri Bart De Wever mengumumkan tahun lepas di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu New York bahawa pengiktirafan mereka bergantung pada syarat-syarat tertentu yang dipenuhi.

    Parti majoriti CD&V menuntut pengiktirafan segera, menekankan bahawa pembubaran badan pentadbir akan menghapuskan hujah penting untuk menangguhkan pengiktirafan rasmi Belgium terhadap Palestin.

    Prevot, dalam pada itu, memberi isyarat pengiktirafan itu akan ditangani tidak lama lagi.

    "Saya tidak tahu sama ada kita ada bersedia menjelang Jumaat, tetapi ia akan dibentangkan tidak lama lagi," katanya.

    Semalam, Kerajaan Gaza mengumumkan pada Isnin (6 Julai) pembubaran Jawatankuasa Kecemasannya serta peletakan jawatan pemangku pengerusinya, sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memindahkan pentadbiran wilayah itu kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihaknya telah menyelesaikan pengaturan pentadbiran dan perundangan yang diperlukan bagi proses penyerahan sistem pemerintahan di Gaza.

    Menurut kenyataan itu, persiapan berkenaan telah dibentangkan kepada pasukan kebangsaan yang mewakili puak-puak di Palestin dan kuasa politik, Jawatankuasa Tertinggi Kabilah dan Suku Kaum, serta organisasi masyarakat sivil, dengan disaksikan oleh seorang pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    MENARIK:  Sultan Selangor: Agenda perpaduan Melayu bukan memusuhi kaum lain

    Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Pemangku Ketua Jawatankuasa Susulan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan, Mohammed Abdul Khaleq al-Farra, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, manakala Jawatankuasa Kecemasan dibubarkan secara rasmi bagi memudahkan peralihan pentadbiran itu.

    NCAG menyifatkan pihaknya sebagai sebuah badan bukan politik yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal awam harian di wilayah berkenaan. Dianggotai oleh tokoh-tokoh nasional Palestin, jawatankuasa itu telah beroperasi dari Kaherah sejak pertengahan Januari lepas namun masih belum memulakan tugasnya dari dalam Semenanjung Gaza.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah