27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Suka Kongsi Tentang Anak Istimewa Saya, Tak Nak Orang Ingat Meraih Simpati’ – Naqiu

    Shopee Sale

    Penyanyi Naqiu mengakui sudah lama memendam rasa tentang anak lelakinya, Wan Alexander Putra, sebelum akhirnya terbuka untuk meluahkan menerusi podcast Kita-Kita Aje bersama Aznil Haji Nawawi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luahan Naqiu Tentang Anak Istimewa Undang Sebak – ‘Saya Harap Alexander Pergi Dulu, Supaya Dia Tak Rasa Kehidupan Tanpa Ibu Bapanya’

    Artikel Berkaitan: Naqiu Teruja Dapat Menyanyi Lagu Ciptaan Ajai ‘Khayalan’

    ‘Kami lebih rela dia pergi dulu sebelum kami’

    Ketika ditemui , pemilik nama Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, menjelaskan bahawa luahan tersebut bukanlah didorong sikap pentingkan diri.

    Sebaliknya, ia lahir daripada rasa tanggungjawab serta kasih sayang seorang bapa terhadap anak istimewanya.

    Saya fikir kalau saya sudah tiada nanti, hanya saya dan ibu dia sahaja yang benar-benar faham dia. 

    Tak akan ada orang lain yang faham dia sebab setiap anak istimewa ada perangai sendiri. 

    Kita tahu cara nak tenangkan dia, tahu bila dia tak selesa. Bukan tak percaya orang lain, tapi rasa ragu-ragu dan kami lebih rela dia pergi dulu sebelum kami.

    Naqiu berkata demikian semasa sesi santai bersama Idayu, Azmi Saat dan Iskandar Ismail di Red Box The Garden, baru-baru ini.

    MENARIK:  Polis Tak Tolak Kemungkinan Permainan Dalam Talian Punca Abang Umur 9 Tahun Kel*r Leher Adik

    ‘Dah lama saya pendam’

    Menurut Naqiu, dia sendiri tidak menyangka akan diajukan soalan sedemikian dalam sesi podcast tersebut, lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan awal. Namun, apa yang diluahkan itu adalah luahan jujur yang telah lama terpendam.

    Saya tak sangka akan diajukan soalan sebegitu. Saya memang tak bersedia apa-apa. Jadi apa yang saya luahkan itu memang apa yang saya rasa dan sudah lama pendam.

    Tambahnya lagi, selama ini dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai anak istimewanya kerana tidak mahu disalah anggap oleh orang ramai.

    Saya memang tak suka berkongsi tentang Alexander sebab tak nak orang kata saya meraih simpati. 

    Saya selalu cakap saya ada enam anak, tapi tak pernah cerita tentang anak istimewa saya.

    Selepas sesi podcast tersebut, Naqiu memaklumkan dia turut sempat memohon maaf kepada isterinya atas luahan yang dibuat secara terbuka.

    Untuk rekod, Naqiu mendirikan rumah tangga dengan Hanisah pada 2011 dan pasangan itu dikurniakan enam orang cahaya mata.

    The post ‘Saya Tak Suka Kongsi Tentang Anak Istimewa Saya, Tak Nak Orang Ingat Meraih Simpati’ – Naqiu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah