28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Minat Strangers Nak Ambil Gambar Anak Tanpa Kebenaran’ – Puteri Aishah

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Aishah memaklumkan dirinya tidak berapa gemar dengan tindakan segelintir pihak yang suka mengambil gambar anak sulung, Muhammad Faliq tanpa kebenaran.

    Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Mengaku Berat Badan Tak ‘Maintain’ Selepas Bersalin – ‘I Pun Ada Baju Yang Tak Muat Juga, Don’t Worry’

    Tak suka orang ambil gambar anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Puti (@puteriaishahofficial)

    Menerusi Instagram Story (IGs), Puteri Aishah berkongsi pengakuan seorang netizen yang memaklumkan bahawa dia hanya ingin mengambil gambar dengan Faliq jika berjumpa dengan pelakon itu secara berdepan.

    Aisyah kemudiannya dengan jujur menyatakan dirinya tidak berapa setuju dengan pengakuan itu.

    Takyah lah, ambil gambar dengan saya ja lah, dengan Faliq buat apa. Dia bukan artis pun, dia budak yang tak kenal dunia lagi.

    Sejujurnya, saya tak berapa minat orang nak ambil gambar anak saya tanpa kebenaran saya.

    Maksud saya, ‘strangers’ lah. Lagi-lagi kalau jenis pakai flash, terkejut mata anak saya haha.

    Kongsi pengalaman

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Pulang’ turut berkongsi pengalaman di mana seseorang cuba untuk mengambil gambar Faliq sewaktu dirinya mula-mula bergelar ibu.

    Ada sekali itu, orang nak ambil gambar anak saya saja, (bukan dengan saya) tapi masa tu saya ‘blur’ tau.

    Iyalah, baru pertama kali jadi ibu kan, macam ‘blur’ orang nak ambil gambar anak jadi, saya pun macam okay.

    Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak okay.

    Walau bagaimanapun, Puteri Aishah memaklumkan dia tidak menolak orang ramai untuk bergambar dengan Faliq sekiranya meminta izinnya terlebih dahulu.

    MENARIK:  [VIDEO] Tun Laila Beri Tips Rumah Tangga, Cara Mudah Tambat Hati Suami – ‘Buat Baik Dengan Keluarga Mentua’

    Sekadar info, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.

    Sumber: IGs Puteri Aishah

    The post ‘Saya Tak Minat Strangers Nak Ambil Gambar Anak Tanpa Kebenaran’ – Puteri Aishah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah