Pelakon Raja Atiq meluahkan hasrat untuk mencuba karakter yang lebih mencabar dan berbeza daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Anggap Diri Artis Paling Popular Sehingga Lupa Adab’ – Raja Atiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raja Atiq Dedah Sikap Selektif Rakan Sekerja Di Set Penggambaran – ‘Tak Serasi Dengan Imej Yang Kau Bawa’
Atiq Azman mahu cabar diri

Menerusi hantaran di Threads, Atiq atau nama lengkapnya Raja Mohammad Atiqullah Shah, 26, berkata dia percaya pengalamannya dalam industri lakonan mampu untuk menggalas watak yang lebih berat.
Saya bukan kata saya pelakon terbaik, tetapi selepas bertahun-tahun dalam industri ini, saya tahu saya ada pengalaman dan asas yang cukup untuk meneroka watak yang lebih mencabar.”
Bagaimanapun, Atiq mengakui kurang menerima tawaran dan diberi kepercayaan untuk membawa karakter yang bertentangan dengan personalitinya.
Kadang-kadang tertanya juga, kenapa susah sangat nak dapat peluang bawa watak seperti askar, penjahat atau karakter yang jauh daripada diri sendiri?
Adakah sebab muka jambu ini membuatkan orang susah nak nampak saya dalam watak yang berbeza?”
Jelas Atiq, luahan tersebut bukanlah kerana iri hati terhadap pelakon lain, sebaliknya dia mahu membuktikan kemampuan sebenar sebagai seorang anak seni.
Bukan cemburu, cuma kadang-kadang kita pun nak buktikan yang kita boleh buat lebih daripada apa yang orang nampak.
Komen

Sumber: Threads
The post Raja Atiq Mahu Cabar Diri, Harap Diberi Peluang Bawa Watak Mencabar – ‘Adakah Sebab Muka Saya Jambu?’ first appeared on OHBULAN!.





