Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor berpandangan faktor genre tidak wajar dijadikan alasan apabila sesebuah filem gagal menarik perhatian penonton di pawagam.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Artis Yang Sombong’ – Rosyam Nor
Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Tiada Masalah Trend Lambakan Lagu Raya Tahun Ini – ‘Janji Meriah!’
Filem biopik kurang dapat sambutan?

Ketika ditemui , Rosyam atau nama lengkapnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berkata, penerimaan terhadap sesebuah karya bergantung kepada pelbagai perkara.
Menurut Rosyam, nilai komersial, pemasaran serta sejauh mana kisah yang diketengahkan juga menjadi faktor utama untuk sesebuah filem berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Tambah Rosyam, penonton mempunyai hak untuk menentukan karya yang ingin mereka tonton dan tidak adil sekiranya mereka dipersalahkan apabila sesebuah filem tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.
Penonton tak pernah salah. Mereka adalah pembeli. Kalau makanan sedap dan pembungkusannya menarik, orang akan datang membeli. Begitu juga dengan filem.
Jangan kata filem biopik sahaja tidak laku kerana filem moden pun ada yang tidak mendapat sambutan. Dalam setahun, banyak filem ditayangkan tetapi tidak semuanya berjaya menjadi fenomena.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad.
Pengaruh media sosial beri kepada penonton

Mengulas lanjut, Rosyam memetik filem Terbang yang mengangkat kisah pelumba rali negara, Karamjit Singh yang disifatkan sukan berkenaan dilihat kurang dekat dengan penonton khususnya generasi muda.
Adakah sukan perlumbaan rali itu dekat dengan masyarakat Malaysia? Generasi muda mungkin tidak mengenali Karamjit Singh dan tidak begitu mengikuti dunia rali.
Berbeza dengan bola sepak yang sememangnya popular. Sebab itu filem Ola Bola lebih mudah mendapat tempat di hati penonton.
Dalam pada itu, Rosyam berpendapat pengaruh media sosial juga menyebabkan maklum balas terhadap sesebuah filem kini tersebar dengan pantas dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi keputusan orang ramai untuk membeli tiket.
Sekarang penonton tidak perlu tunggu laporan akhbar. Selepas malam gala pun, ulasan sudah tersebar di media sosial dan semua orang boleh beri pendapat masing-masing.
Maklum balas daripada penonton sendiri boleh mempengaruhi orang lain sama ada mereka mahu ke pawagam atau sebaliknya.
The post [VIDEO] Rosyam Nor Ulas Isu Filem Malaysia Tak Laku – ‘Penonton Tak Pernah Salah’ first appeared on OHBULAN!.





