28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Janna Nick Ambil Pil Hormon Demi Zuriat, Tak Kisah Orang Komen Bentuk Badan – ‘Goals Saya Bukan Nak Melawa’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Janna Nick, tampil membidas segelintir individu yang masih gemar memberi komen mengenai perubahan bentuk badannya.

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Berjaya Tamat Master Di UK – ‘Setahun Saya Simpan Sebab Takut Penyakit Ain’

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Kurang Senang Lelaki Gemar Kritik Fizikal Wanita – ‘Sibuk Body Shaming Isteri Orang, Isteri Sendiri Pun Tiada’

    “Another Day, Another Hormone Pill”

    Menerusi perkongsian di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, mendedahkan dia kini mengambil pil hormon sebagai sebahagian daripada ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

    Menurut Janna, perubahan pada bentuk badan bukan sesuatu yang wajar dijadikan bahan untuk diperkatakan kerana dia sendiri mempunyai perkara yang lebih penting untuk difokuskan.

    Orang masih lagi nak cakap pasal bentuk badan orang lain. Lantakkanlah korang.

    Malah, Janna menegaskan bahawa matlamatnya ketika ini bukanlah untuk kelihatan cantik atau mendapatkan perhatian lelaki. Sebaliknya, dia mempunyai misi tersendiri yang sedang diperjuangkan.

    Goals saya bukan nak melawa sebab nak cari jantan, atau nak jadi perempuan paling cantik. Saya ada misi lain yang tengah diperjuangkan.

    Semoga semua geng TTC terus kuat, kita kuat!

    Dalam perkongsian sama, Janna turut menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang sedang melalui perjalanan TTC (Trying To Conceive).

    MENARIK:  Dari Malaysia ke Pentas Dunia, JessC Rangkul ‘Best Asian Pop’ Di ICMA 2025

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang memberikan sokongan kepada Janna, khususnya mereka yang memahami cabaran dan perjalanan TTC.

    Sumber: Threads

    The post Janna Nick Ambil Pil Hormon Demi Zuriat, Tak Kisah Orang Komen Bentuk Badan – ‘Goals Saya Bukan Nak Melawa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah