33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tun Laila Beri Tips Rumah Tangga, Cara Mudah Tambat Hati Suami – ‘Buat Baik Dengan Keluarga Mentua’

    Shopee Sale

    Peguam dan juga personaliti media sosial, Tun Laila berkongsi tip rumah tangga bagi mengambil hati suami setelah empat bulan melayari bahtera perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Tak Selesa Diaju Soalan Tentang Zuriat – ‘Saya Baru Kahwin’

    MENARIK:  Hafiz Mahamad Dituduh Jadi Punca Agama Difitnah, Video Depan Kaabah Viral Di Luar Negara

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Sebab Jaga Saya Sepanjang Perjalanan Umrah Kita’ – Tun Laila

    Tips rumah tangga

    " data-video-id="7610955774059203861" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @yarafaee

    we love an easily impressed man 🫶✨ #marriedlife of 3 months+ hehee

    ♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Tun Laila berpendapat cara mudah untuk menambat hati suami adalah dengan melayani keluarga mentua dengan baik.

    Tambah Tun Laila, dia mengambil inisiatif melakukan perkara spontan bersama keluarga mentua termasuk belanja makan dan bersembang bagi mengenali mereka lebih dalam.

    Aku dah nak masuk bulan keempat kahwin. Ada satu perkara yang orang selalu terlepas pandang dan ianya sangat mudah.

    Ini adalah pendapat peribadi.

    Cara paling senang ambil hati suami adalah untuk ambil hati keluarga dia. Ibu bapa dan adik beradik dia.

    Suami aku sangat gembira kalau aku buat baik dengan keluarga dia. Lebih gembira bila aku bersiap untuk dia.

    Kadang-kadang aku akan buat perkara random. Bawa ibu bapa mentua keluarga makan. Belanja adik beradik suami aku.

    Tak semestinya perlu gunakan duit. Kadang-kadang dia tengah masak dekat dapur, aku tolong angkat pinggan atau bantu kerja di dapur.

    Tunjuk yang aku kisah tentang keluarga dia dengan bertanya soalan. Cara itu nampak kita cuba untuk kenal keluarga dia.

    Kalau ada yang cari cara untuk ambil hati suami atau keluarga mentua, saya rasa anda kena layan keluarga mentua macam anda layan keluarga sendiri.

    Bagaimanapun, pendapatnya meraih pelbagai pendapat yang beranggapan dirinya terlalu awal untuk memberi tips rumah tangga.

    Ubah cara supaya disayangi

    Selain itu, terdapat warganet yang membidas kenyataan Tun Laila menyatakan bahawa segala usaha untuk disayangi keluarga mentua tidak akan berhasil jika dari awal tidak disukai sebagai menantu.

    Tidak berdiam diri, Tun Laila menyarankan individu terbabit untuk mengubah apa yang patut agar dapat disayangi keluarga mentua seperti anak sendiri.

    Sumber: TikTok @Tun Laila

    The post [VIDEO] Tun Laila Beri Tips Rumah Tangga, Cara Mudah Tambat Hati Suami – ‘Buat Baik Dengan Keluarga Mentua’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah