Personaliti media sosial, Cik B tidak menyangka pertemuan bersama Rita Rudaini meninggalkan kesan begitu mendalam terhadap pelakon itu.
Artikel Berkaitan: Cik B Tunaikan Hasrat Peminat Berwajah Seiras Di Hospital – ‘Lepas Pembedahan, Dia Lumpuh Sebelah Kaki & Tangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Fazley & Vida Makan Malam Bersama, Bekas Isteri Turut Serta – ‘Azrene Layan Cik B Macam Anak Sendiri’
Jadi diri sendiri
View on Threads
Menurut Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, dia hanya bersikap seperti biasa dan menjadi dirinya sendiri ketika pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka keperibadiannya menarik perhatian Rita sehingga pelakon berkenaan memujinya sebagai seseorang yang mempunyai perwatakan hebat.
Mengakui terharu dengan pujian tersebut, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang bertemu dengan Rita.
Terima kasih Aunty Rita, Cik B tak sangka Cik B jadi diri sendiri sahaja pun boleh tinggalkan kesan seperti ini.
Terharu Cik B baca, sungguh bermakna. Terima kasih juga sebab banyak mengajar dan berkongsi ilmu dengan Cik B.
Terdahulu, Rita menerusi satu hantaran memuji Cik B kerana memiliki adab yang baik serta pandai membawa diri ketika bergaul dengan orang lain.
Kata Rita, sebaik sahaja pulang ke rumah, dia tidak henti bercerita tentang Cik B dan menyifatkan anak muda itu sebagai sosok yang wajar dijadikan ikon buat generasi Z.
Sumber: Threads
The post Cik B Terharu Dipuji Rita Rudaini – ‘Tak Sangka Jadi Diri Sendiri Pun Boleh Tinggalkan Impression Seperti Ini’ first appeared on OHBULAN!.





