32.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiket Konsert Sold Out Bukan Pengakhiran! Ini 5 Perkara Perlu Semak Sebelum Beli Dari Reseller

    Shopee Sale

    Bila tiket konsert habis dalam beberapa minit, memang mudah untuk rasa kecewa, lagi-lagi jika anda merupakan peminat tegar artis kesayangan.

    Sedang melayan kesedihan, tiba-tiba muncul pula individu di media sosial yang mendakwa mempunyai tiket lebihan untuk dijual. Masalahnya, situasi inilah yang sering membuka ruang kepada penipuan.

    Pada Mei lalu, kerajaan memperkenalkan Kempen Beli Tiket Selamat dan portal belitiketselamat.my susulan peningkatan risiko scam tiket, terutama apabila tiket rasmi sesuatu acara sudah habis dijual.

    Kalau masih mempertimbangkan tiket daripada reseller, sekurang-kurangnya semak lima perkara ini dahulu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiket VIP Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ RM1,288 Hampir Sold Out, Penangan ARMY Bukan Biasa-Biasa!

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiket Mahal Tapi Pentas Biasa-Biasa? 7 Perkara Yang Penonton Kini Jangka Daripada Sebuah Konsert ‘Premium’

    1. Jangan Terus Panik Bila Nampak ‘Sold Out’

    Sold out pada hari pertama tidak semestinya bermaksud semua peluang sudah tertutup.

    Sebelum mencari tiket daripada individu lain, pantau dahulu akaun rasmi penganjur dan platform tiket. Ada kalanya maklumat mengenai kategori tiket, perubahan jualan atau pengumuman berkaitan acara hanya akan dibuat melalui saluran rasmi.

    Live Nation Malaysia sendiri pernah mengingatkan peminat supaya mendapatkan tiket melalui platform yang sah dan dibenarkan selepas tiket sebuah konsert mula disenaraikan di laman jualan semula sebelum jualan rasmi pun bermula.

    Jadi kalau ada orang menawarkan tiket ketika saluran rasmi belum pun mula menjualnya, itu sudah cukup untuk membuatkan kita berhenti dan semak.

    2. Screenshot Tiket Bukan Bukti Ia Benar-Benar Milik Penjual

    Nampak QR code, nombor tempat duduk dan e-mel pengesahan memang boleh membuatkan sesuatu tawaran kelihatan meyakinkan.

    Tetapi gambar tiket sahaja masih belum cukup.

    Portal Beli Tiket Selamat memberi amaran mengenai taktik satu tiket dijual kepada ramai pembeli. Tiket yang ditunjukkan mungkin benar-benar wujud, tetapi salinan yang sama boleh diberikan kepada beberapa orang dan akhirnya hanya individu pertama yang menggunakannya berjaya masuk.

    Sebab itu, semak juga sama ada platform rasmi acara mempunyai proses pemindahan tiket atau pertukaran nama yang sah.

    3. Semak Siapa Yang Menjual

    Jangan tengok tiket sahaja. Tengok juga penjualnya.

    Akaun yang baru diwujudkan, tiada sejarah hantaran tetapi tiba-tiba mempunyai beberapa tiket konsert popular wajar menimbulkan persoalan.

    MENARIK:  Ibu Bapa Baru Dibebaskan, Adik Zayn Rayyan Kini Dijaga JKM Selangor

    Sebelum memindahkan wang, nombor telefon atau akaun bank juga boleh disemak menerusi Semak Mule CCID. PDRM mengingatkan bahawa semakan ini boleh membantu mengenal pasti nombor yang pernah dilaporkan berkaitan penipuan, walaupun ketiadaan rekod bukan jaminan bahawa transaksi itu pasti selamat.

    4. Bila Penjual Terlalu Mendesak, Jangan Terus Transfer

    “Ramai tengah tanya.”

    “Kalau nak kena bayar sekarang.”

    “Lima minit lagi saya bagi orang lain.”

    Ayat sebegini mungkin sahaja benar, tetapi tekanan untuk membuat bayaran segera juga disenaraikan sebagai antara tanda amaran yang perlu diperhatikan ketika membeli tiket daripada pihak tidak rasmi.

    Lebih baik terlepas satu tiket daripada kehilangan duit kerana takut orang lain sempat membelinya dahulu.

    Dan apa pun alasan diberikan, jangan berkongsi OTP, TAC atau maklumat perbankan dengan penjual.

    5. Semak Cara Tiket Itu Boleh Dipindahkan

    Setiap acara dan platform tiket boleh mempunyai syarat berbeza.

    Ada tiket yang dikaitkan dengan akaun pembeli, ada yang mempunyai syarat mengenai pertukaran nama dan ada juga penganjur yang melarang jualan semula tanpa kebenaran. Contohnya, terma Live Nation Malaysia bagi kempen Concert Week 2026 menyatakan jualan semula tanpa kebenaran adalah dilarang.

    Jadi sebelum bayar, cari dahulu terma acara berkenaan dan pastikan cara penjual mahu menyerahkan tiket memang dibenarkan oleh platform rasmi.

    Tak Dapat Tiket Memang Frust, Tapi Jangan Sampai Rugi Duit

    Apabila artis kegemaran datang mungkin sekali dalam beberapa tahun, rasa terdesak untuk mendapatkan tiket itu memang boleh difahami.

    Tetapi tiket yang nampak terlalu mudah diperoleh selepas semuanya sold out juga patut membuatkan kita lebih berhati-hati.

    Kalau ada keraguan, pengguna kini boleh merujuk Beli Tiket Selamat untuk maklumat dan laporan berkaitan scam tiket. Jika sudah menjadi mangsa penipuan kewangan, PDRM turut menyarankan mangsa menghubungi NSRC di talian 997 dengan segera.

    Konsert mungkin hanya satu malam, tapi duit yang lesap belum tentu boleh dikembalikan semula!

    The post Tiket Konsert Sold Out Bukan Pengakhiran! Ini 5 Perkara Perlu Semak Sebelum Beli Dari Reseller first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah