Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menjelaskan sebab tidak mengambil tindakan tatatertib dengan memberhentikan pekerjanya yang menimbulkan kontroversi, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Staf Perli Cik Epal? Hafiz Mahamad Mohon Maaf, Bakal Edar 50 Box Pizza Percuma
Artikel Berkaitan: Barisan Usahawan Meletop Bertembung! Aliff Syukri, Aeril & Wawa, Christy Ng & Ramai lagi Rebut Gelaran ‘Usahawan Paling Viral’!
‘Kenapa tak pecat?’

Menerusi muat naik di Instagram Story (IGs), Hafiz menjelaskan sudah menjadi tanggungjawab untuknya membela nasib para pekerjanya sekiranya mereka melakukan silap.
Katanya, dia sering menegur para pekerjanya dengan memberikan contoh melalui usaha kerasnya sendiri sebagai bos.
Setiap majikan ada cara masing-masing. Saya ada cara tersendiri.
Mereka tidak sengaja, apa saja salah mereka saya yang kena ke hadapan. Bukan backup tapi itu memang tanggungjawab saya sebagai majikan.
Saya suka menegur dan sindir kesalahan staf atau agen stokis dengan kerja atau usaha saya.
Contoh kalau agen tiada semangat tentang busines, saya tunjuk saya sibuk teroka dan belajar apa-apa kemahiran piza demi naik taraf perkhidmatan kepada pelanggan.
Katanya, selagi pekerja itu tidak menimbulkan masalah di luar kawalan adalah lebih baik untuk mendidiknya dengan cara memberi pengajaran yang bermanfaat.
Ada batas

Bagaimanapun, kata Hafiz setiap perkara mempunyai batas dan buat masa sekarang cara didikannya itu adalah jalan yang terbaik.
Akibat salah staf, mereka melihat bos sampai ke malam kena buat piza untuk betulkan situasi ini.
Pada saya, mendidik mereka dengan rasa malu macam ini lebih baik dari mempermalukan mereka dengan memaki dan membuang mereka.
Sebelum ini, salah seorang pekerjanya yang didakwa tidak sensitif memerli harga piza milik pempengaruh, Cik Epal.
Hafiz menjelaskan insiden itu berpunca daripada sikap pekerjanya yang terlalu teruja menikmati pizza hasil air tangannya sehingga secara spontan mengeluarkan kenyataan menyinggung pihak lain.
Sumber: Instagram
The post ‘Saya Suka Sindir Kesalahan Dengan Kerja Atau Usaha’ – Hafiz Mahamad Jelas Sebab Tidak Buang Staf Perli Cik Epal first appeared on OHBULAN!.





