32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] DMA Islam Anggap Suami Izin Isteri Bekerja Belum ‘Alpha’, Kena Simpan Impian Tambah Pendapatan – ‘Merdekakan Isteri Daripada Bekerja’

    Shopee Sale



    Pempengaruh TikTok kontroversi yang dikenali sebagai DMA Islam mencuri perhatian ramai apabila mengatakan setiap suami perlu mempunyai impian untuk tidak membiarkan isteri mereka bekerja di bawah lelaki lain.

    Kena usaha ‘merdeka’kan isteri

    " data-video-id="7438099672289332498">
    @dma_islamm Asmarabana 101. #SayaYakinSayaHandsome ? original sound – dma Islam

    Menerusi hantaran di TikTok, DMA Islam berpendapat para suami perlu berusaha lebih keras untuk menambah pendapatan supaya dapat memerdekakan isteri mereka daripada bekerja.

    Mana-mana suami yang suka dia punya bini itu bekerja, ada something wrong.

    Impian setiap suami mestilah memerdekakan dia punya isteri daripada bekerja.

    Walau bagaimanapun, pempengaruh itu faham kebanyakan isteri bekerja adalah untuk menampung keluarga dari segi bantuan kewangan.

    Aku faham, mungkin sekarang kau belum mampu untuk bini kau tak bekerja.

    Sebab apa? Sebab kau punya gaji sikit, kau miskin maka bini kau terpaksa bekerja untuk tanggung sama-sama. Tapi tak apa, kau kena ada impian.

    Dalam hati kau, ‘Satu hari nanti aku nak tambah pendapatan yang sangat banyak supaya bini aku dah tak payah bekerja’.

    Kau kena ada impian begitu, walaupun sekarang kau belum mampu, tak apa. Simpan impian itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat dikeluarkan DMA Islam meskipun pempengaruh itu banyak mengeluarkan kenyataan dianggap tidak masuk akal oleh sesetengah netizen.

    MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Berang Dituduh Tak Ajar Anak Berhenti Hisap Puting – ‘Jangan Menyibuk, Saya Tahu Cara Didik Anak’

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah