24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Inilah standard wamwamsam’

    Shopee Sale

    Seorang tokoh berpengaruh Bersatu menolak dakwaan bahawa peletakan jawatan beberapa ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) akan memberikan kesan besar kepada serta menjejaskan perjalanan parti itu.

    Menurut Marzuki Mohamad, pihak yang membuat dakwaan tersebut sebenarnya tidak memahami dengan tepat peruntukan Perlembagaan Bersatu.

    Malah bekas pegawai kanan Muhyiddin Yassin semasa Presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri menganggap pihak terbabit sebagai golongan yang "tak reti" apa yang terkandung dalam perlembagaan berkenaan.

    Mengaitkan siri peletakan jawatan pemimpin Bersatu sejak beberapa hari lalu, Marzuki berkata, dia melihatnya sebagai usaha mengurangkan korum MPT sehingga badan itu tidak dapat bermesyuarat dan membuat keputusan.

    "Rupa-rupanya (peletakan jawatan beramai-ramai) nak bagi mesyuarat MPT Bersatu tak cukup korum. Apa punya peranancangan.

    "Baca Perlembagaan Bersatu pun tak reti," katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

    Merujuk Fasal 13.12 Perlembagaan Bersatu, Marzuki berkata, korum untuk mesyuarat MPT parti itu dikira berdasarkan jumlah anggota semasa MPT, dan bukannya secara keseluruhan sebelum itu.

    "Letaklah jawatan beramai-ramai pun, korum mesyuarat tetap separuh daripada bilangan ahli MPT yang ada.

    "Kalau 20 (orang) cukup korum 10. Kalau 10 (orang anggota semasa) jumlah cukup korum lima. Apa masalahnya?" kata Marzuki lagi.

    Terbina daripada rancangan ‘jahat’

    Sebelum itu Bersatu berdepan dengan 'serangan' daripada bekas pemimpinnya yang mempersoalkan keabsahan parti tersebut selepas ramai anggota MPT meletakkan jawatan masing-masing.

    Antaranya bekas naib presiden mereka, Ronald Kiandee, yang mempersoalkan sama ada MPT parti itu masih mempunyai korum mencukupi untuk bermesyuarat dan membuat keputusan secara sah.

    MENARIK:  Tiada kes baru cacar monyet dikesan di Malaysia

    Menurut Ronald, fasal 13.12 mensyaratkan kehadiran lebih separuh daripada jumlah ahli MPT sebelum mesyuarat boleh diadakan secara sah.

    Ahli Parlimen Beluran itu berkata, jika syarat tersebut tidak lagi dipenuhi, ia boleh menimbulkan persoalan terhadap kesahihan keputusan yang dibuat oleh MPT.

    Ronald Kiandee

    Persoalan itu menyusul selepas beberapa pemimpin Bersatu mengumumkan sama ada pengunduran dari jawatan atau keluar parti. Mereka termasuk Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah; exco negeri itu, Marzita Mansor; Timbalan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Ridzuan Ahmad; Exco Pemuda (Armada), Aziman Hadi Nazri, dan Ketua Bersatu Bukit Bintang, Rosman Mohd Nordin.

    Biasanya peletakan jawatan tersebut akan disusuli dengan pengumuman penyertaan mereka ke Parti Wawasan yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

    Sementara itu, Naib Presiden Bersatu Mohd Radzi Md Jidin turut menegaskan peletakan jawatan beberapa ahli MPT tidak menjejaskan syarat cukup bilangan mesyuarat.

    Katanya, jumlah ahli MPT ketika ini ialah 23 orang, menjadikan korum mesyuarat sebanyak 12 orang seperti ditetapkan Perlembagaan Bersatu.

    Dalam hantaran sama, Marzuki turut menyindir seteru Bersatu - yang dipersenda sesetengah pihak sebagai parti Wamwamsam merujuk kepada satira terkait watak dalam telefilem Kampung Pisang, Daud M.

    "Inilah standard wamwamsam. Sebuah parti yang ditubuhkan atas peranancangan jahat.

    "Jadi jahatlah peranancangannya," tambah ahli akademik itu lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah