26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar

    Shopee Sale

    Adik kepada pelakon, Que Haidar iaitu Tengku Dayangku Nazira tampil memberi respon terhadap kenyataan bekas kakak ipar, Linda Jasmine berhubung punca perpisahan pasangan artis itu.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Melindungi Mereka Daripada Kejahatan’ – Respon Linda Jasmine Selepas Netizen Saran Kembali Bersama Dengan Que Haidar

    Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar

    Penjelasan adik

    Menerusi perkongsian di TikTok Story, Dayangku memberi kenyataan balas yang seolah‑olah menegur Linda kerana didakwa melemparkan fitnah terhadap keluarganya.

    Dalam responsnya, Dayangku berkata dia enggan membuka aib bekas kakak iparnya itu kerana masih ada rasa hormat terhadap Que.

    Malah, menurut Dayangku, jika tidak mengetahui kisah sebenar sebaiknya jangan membuat sebarang spekulasi.

    Saya malas nak buka aib orang tapi kalau saya dah buka, awak malu sampai tak keluar nanti. Malu nak jumpa media.

    Sabar orang ada limit jadi berpada-pada buat cerita tu. Saya sabar sebab abang saja, kalau ikutkan hati dah lama tersebar aib awak tu.

    ‘Jangan risau, orang tidak bodoh. Cepat atau lambat semua orang akan tahu siapa yang jahat’.

    Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada menyakiti orang lain dengan fitnah.

    Dalam perkongsian terbaharu, Dayangku meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan Linda.

    MENARIK:  Justin Bieber Umum Hailey Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama ‘Jack Blues Bieber’

    Dia turut menegaskan bahawa keluarganya telah melayan Linda dengan baik sepanjang tempoh dia menjadi kakak ipar mereka.

    Yang sebarkan fitnah, bersedialah untuk jawab di akhirat, Hati-hati ya semua.

    Kami sekeluarga layan dia sebaik-baiknya, tak sangka difitnah sebegini.

    Terima Kasih bekas kakak ipar atas fitnah yang disebar. Semoga Allah membalas.

    Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan Linda kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.

    Kenyataan yang tidak diperincikan dengan lebih jelas itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ahli keluarga mereka.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah