Hantaran terbaharu penyanyi, Syada Amzah mengenai kehidupannya di platform Threads baru-baru ini menuai perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Yang Hubungi Saya, Menyesal Kerana Menjawab Panggilan Itu’ – Syada Amzah
Artikel Berkaitan: Elcah Gesa Syada Amzah Henti Sebar Fitnah, Tidak Teragak Mahu Saman – ‘Nama Keluarga Aku Calar Sebab Perbuatan Kau’
Putus asa

Pemilik nama Nursyuhada Amir Hamzah, 27, itu meluahkan rasa penat dengan segala yang berlaku dalam hidupnya.
Menurut adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah juga mengakui dia telah hilang kawalan terhadap dirinya tetapi tidak boleh terus berhenti.
Sebenarnya, saya rasa sudah sampai tahap ingin melepaskan segala-galanya tetapi tidak mampu untuk kata tidak.
Sekarang, saya rasa saya telah hilang kawalan terhadap diri saya sendiri.
Saya penat tapi kena teruskan juga sebab kalau berhenti ia akan menjejaskan orang sekeliling.
Malah, Syada berkata dirinya berada dalam keadaan tertekan sehingga sukar untuk meluahkan perasaannya dengan kata-kata.
Terlalu tertekan hingga tidak tahu nak cakap apa lagi.
Sekarang, saya sudah berhenti menggambarkan sesuatu dengan kata-kata atau ungkapan. Saya cuma teruskan tanpa kata-kata.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Penat & Tertekan, Rasa Macam Hilang Kawalan’ – Syada Amzah first appeared on OHBULAN!.





