26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Catwalk’ Sambil Bawa Pingat Olimpik, Penampilan Lee Zii Jia Raih Perhatian Netizen – ‘Terlebih Handsome Ni’

    Shopee Sale



    Pemain badminton perseorangan negara mencuri perhatian apabila membuat kemunculan dalam satu acara pertunjukan fesyen di sebuah pusat membeli-belah pada petang Sabtu.

    Siap bawa pingat Olimpik

    Menerusi perkongsian Fly FM di aplikasi X, dapat dilihat Lee Zii Jia melakukan aksi ‘catwalk’ dengan begitu bersahaja sambil memperagakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih berserta seluar pendek berwarna hitam sehingga berjaya memukau para penonton yang hadir.

    Difahamkan, anak jati Alor Setar, Kedah itu memperagakan koleksi pakaiannya sendiri menerusi kolaborasi bersama jenama alatan badminton terkemuka dunia.

    MENARIK:  ‘Sampai Klinik Laluan Bukaan Dah 6cm’ – Misya Mazlan Selamat Lahirkan ‘Baby Girl’, Kakak Luah Rasa Syukur

    Apa yang mencuri perhatian, pemain ranking nombor enam dunia itu turut sempat mengeluarkan pingat gangsa yang dimenanginya pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 lalu sejurus selepas selesai melakukan aksi ‘catwalk’.

    Hantaran tersebut telah menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkesima melihat ketampanan pemain badminton negara itu.

    Komen netizen

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah