26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Bersedia Nak Bersilat’ – Nabila Huda

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda menyatakan kesediaan untuk mendalami seni silat sekiranya watak Che Som yang dibawakannya memerlukan dia bertarung dalam filem Gayong 3.

    Artikel Berkaitan: Berat Badan Syafie Naswip Naik 2 Kilogram Sebab ‘Air Tangan’ Nabila Huda

    Bersedia bersilat

    Nabila, 41, berkata dia sentiasa terbuka untuk mencuba perkara baharu, termasuk mendalami ilmu persilatan demi memberikan lakonan yang lebih berkesan.

    Saya bersedia untuk melakukan perkara itu iaitu nak bersilat. Saya suka melakukan perkara yang belum pernah saya lakukan.

    Saya cakap dengan pasukan produksi, kalau betul nak suruh saya bersilat kena beri saya masa untuk latihan. Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan latihan.

    Sebab saya tak mahu sekadar menjayakan babak bersilat, saya mahu juga belajar ilmu dan seni sebenar persilatan.

    Sebagai seorang pelakon, boleh sahaja buat orang percaya dengan lakonan tetapi pada saya patut tahu seni silat.

    Nabila berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Gayong 2 yang berlangsung di TGV One Utama, Damansara, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Only With You’ Aqmal Ramdan Berjaya Pukau Hati Pendengar Yang Kesepian

    Berkongsi lanjut, Nabila mengakui kagum dengan keindahan gerak silat yang dipamerkan oleh pelakon utama, Beto Kusyairy, sepanjang penggambaran filem tersebut.

    Saya sendiri ada belajar Muay Thai, tetapi Muay Thai dan silat adalah dua seni yang berbeza. Muay Thai lebih kasar, manakala silat lebih lembut dan penuh seni.

    Saya melihat Beto buat adegan bersilat, saya rasa terpegun dengan pergerakan silat. Persis tarian sebenarnya silat ini.

    Selain Nabila dan Beto, filem terbitan SOL Pictures Sdn Bhd itu turut dibintangi Fauzie Laily, Bobby Tonelli, Rabbit Chen, Hanna Aqeela, Sandra Lim dan ramai lagi.

    The post ‘Saya Bersedia Nak Bersilat’ – Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah