28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Akan Sentiasa Menjadi Penyokong Terkuatmu’ – Luahan Hati Isteri Nubhan Kepada Tiga Anak

    Shopee Sale

    Hantaran isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah menyorot perhatian dengan luahannya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Mohon Berhenti Kecam Dr Afifah, Letakkan Kesalahan Pada Diri Sendiri – ‘Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak-Anak Saya’ 

    Ucapan buat anak-anak

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Dr Afifah berkongsi ucapan menyentuh hati buat anak-anak.

    Ujar Dr Afifah, dia akan terus menjadi penyokong terkuat anak-anak di dunia yang penuh cabaran ini.

    Anak-anakku sayang, saat dunia terasa berat, sandarlah padaku.

    Genggam tanganku dan ingatlah, saya akan sentiasa menjadi penyokong terkuatmu.

    Yang akan menyayangimu dan menghargaimu tanpa batas.

    Selamanya milikmu.

    Luahan itu disertakan gambar bersama tiga orang cahaya matanya, menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang tidak akan pernah pudar.

    Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    MENARIK:  Isteri Hamil Maut, Suami Masukkan Mata Gergaji Besi Dalam Alat Sulit

    Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.

    Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.

    Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

    Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    Sumber: Instagram @drfietawfek

    The post ‘Saya Akan Sentiasa Menjadi Penyokong Terkuatmu’ – Luahan Hati Isteri Nubhan Kepada Tiga Anak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah