28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Ada Sejarah Panic Attack Yang Agak Serius’ – Aisha Retno 

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno tampil menjelaskan punca sebenar di sebalik insiden dirinya pengsan ketika membuat persembahan pada malam final Talk To My Manager (TTMM), baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Alami ‘Panic Attack’ & Pengsan, Minta Maaf Tak Dapat Balas Mesej – ‘Saya Sedang Berehat’

    Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM

    Bukan gangguan mistik tapi ‘panic attack’

    Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan kepenatan dan kekurangan tenaga.

    Saya rasa kejadian itu berlaku sebab saya penat. Dua bulan lepas pun kejadian sama berlaku, tapi Alhamdulillah kali ini saya cepat pulih sebab ada mak dan ayah di sisi saya.

    Saya ada sejarah penyakit panic attack yang agak serius dan itu salah satu perkara yang saya kena berhati-hati.

    Saya pun dah banyak kali buat persembahan di situ, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku.  

    Mungkin sebab saya memang penat dan lambat makan atau ramai orang mungkin memberi kesan kepada masalah serangan panik saya. 

    Aisha berkata demikian ketika ditemui selepas membuat persembahan di All Star Influencers Award (ASIA) 2025 di Sunway Resort Hotel, pada Ahad.

    Aisha lebih berhati-hati

    Sementara itu, Aisha mengakui insiden tersebut secara tidak langsung membuka matanya tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental.

    Doktor juga ada nasihatkan supaya menjaga kesihatan dan pemakanan. Tapi kita kadang-kadang lupa dua asas penting dalam kehidupan itu.

    Mereka ada syorkan saya buat MRI sebab saya pengsan sekali dengan kejang. Kadang-kadang ada kaitan dengan otak.

    InsyaAllah, dalam masa terdekat akan tengok jadual dulu kalau kosong terus pergi MRI sebab jarang-jarang berlaku saya serangan panik dan kekejangan.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Sutera itu menegaskan kejadian berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan unsur mistik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak, sebaliknya lebih selesa menilai situasi tersebut dari sudut perubatan dan saintifik.

    Saya tak berani nak sentuh mengenai gangguan mistik. Sejujurnya saya tak pernah nampak apa-apa (perkara mistik) sepanjang 25 tahun hidup.

    Saya lebih cenderung melihat dari sudut saintifik, jadi saya fikir ketika itu mungkin saya cuma kepenatan dan perlukan rehat.

    Tapi apa pun, kalau benar perkara seperti itu terjadi kepada Amad dan insan-insan lain di mana-mana, atau mungkin termasuk saya juga, saya rasa tak eloklah buat macam itu.

    Pada awalnya saya tidak percaya perkara sedemikian tapi selepas nama mula meningkat naik, mungkin ada pihak yang mempunyai niat kurang baik, jadi saya percaya dan lebih berhati-hati.

    Terdahulu, Aisha dilaporkan rebah sebaik tamat persembahan bersama finalis TTMM, Marsya, anak kepada penyanyi terkenal Liza Hanim.

    MENARIK:  [VIDEO] Mata Lisa Surihani Tak Lekang Tengok Yusry, Netizen Sakan Mengusik – ‘Bila Dapat Kahwin Dengan Crush Sendiri’

    Insiden itu menyebabkan Aisha mengalami sukar bernafas serta kekejangan pada tangan dan kaki, sebelum dibantu petugas perubatan di lokasi.

    The post ‘Saya Ada Sejarah Panic Attack Yang Agak Serius’ – Aisha Retno  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah