28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sabri Yunus Geli Hati Tatkala Angeline Tan Mengaku Tidak Hamil – ‘Fitnah Paling Lucu’

    Shopee Sale



    Angeline Tan

    Pelakon Angeline Tan, 57, menafikan dirinya sedang hamil seperti mana didakwa dalam sebuah berita yang tular di TikTok, baru-baru ini.

    Nafi hamil

    Angeline Tan

    Ketika dihubungi , Angeline berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan mempersoalkan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan berita berkenaan.

    Tidak betul, berita itu palsu. Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini.

    Pandai sahaja dia reka cerita palsu.

    Sementara itu, suami kepada Angeline iaitu pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 63, menerusi hantaran di Facebook akui berasa geli hati membaca berita yang tular itu.

    Hari paling kelakar sepanjang enam bulan yang lalu. Viral cerita fitnah paling kelakar.

    Kepada orang yang memulakan isu ini tidak rasa bersalah atau tak rasa berdosa pun?

    Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidak kah dia rasa yang serupa (bersalah)?

    Bukan apa, puas nak menjawab pada kawan-kawan yang bertanya mahu pengesahan. Ada kawan kata “tidak apa berita baik”. Haha saya kata tak baik, itu fitnah.

    Terdahulu, sebuah blog memuat naik berita mendakwa Angeline sedang hamil dengan usia kandungan memasuki satu bulan.

    MENARIK:  Syasya Rizal Jatuh Cinta Dengan Suami Sebab Wajah Mirip Nobita – ‘Saya Memang Suka Cerita Doraemon’

    Rentetan itu, ruangan balas perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan selebriti berkenaan.

    Sekadar info, Angeline dan Sabri mendirikan rumah tangga 13 Oktober tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah