Selepas mencuri perhatian ramai dalam filem pendek Tahun Baru Cina 2026, kisah pasangan Ah Seng dan Nadia kembali diteruskan dalam sebuah iklan raya pendek daripada PLUS Malaysia yang menyentuh hati, mengangkat mesej kesabaran, keikhlasan, dan makna sebenar Ramadan.
Kali ini, jalan ceritanya memaparkan perjalanan Ah Seng yang baru memeluk Islam dan cuba menunaikan ibadah puasa buat pertama kali, sambil berusaha mengumpul duit untuk berkahwin dengan Nadia.
Dugaan puasa ketika bekerja..

Sepanjang hari, Ah Seng diuji dengan bau masakan rumah pelanggan, minuman dihidangkan kerana disangka dia bukan Islam, malah ada yang cuba mengajaknya makan!
Tapi satu sahaja yang keluar dari mulutnya: “Sabar…”
Yang buat kisah ini lebih touching, ada satu twist bila Ah Seng dipanggil untuk kerja repair di surau dan itulah yang mengubah suasana berbukanya.
Nak tahu macam mana dia selesaikan cabaran puasa, dan apa hadiah manis menanti dia di penghujung cerita? Jangan lupa tonton video penuh di bawah!
The post Sabar Demi Cinta & Ramadan, Kisah Ah Seng Dalam Iklan Raya PLUS Malaysia Buat Ramai Tersentuh first appeared on OHBULAN!.





