28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Richard Chin Dedah Peluk Islam Pada November Tahun Lalu – ‘Alhamdulillah, Seronok Bergelar Muslim’

    Shopee Sale

    Pemain muda skuad Harimau Malaya iaitu Richard Chin memaklumkan dirinya sudah pun memeluk agama Islam.

    Artikel Berkaitan: Dapat Hidayah Usia 13 Tahun, Penerjun Muda Negara Pilih Islam Sebagai Cara Hidup

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Berhasrat Untuk Nikahi Engku Sulwani’ – Kael Sedia Tukar Agama, Sedang Pelajari Islam

    Peluk Islam November tahun lalu

    Menerusi temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain yang berpangkalan di England memaklumkan dia melafazkan kalimat Syahadah pada November tahun lalu.

    MENARIK:  Tunjuk ‘Baby Bump’, Raja Ilya Umum Hamil Anak Kedua!

    Ujar Richard, sokongan padu diberikan peminat menyebabkan dirinya terdetik untuk memeluk Islam.

    Saya melafazkan Syahadah (masuk Islam) pada November tahun lalu.

    Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim.

    Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi yang besar untuk bermain buat negara ini.

    Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik.

    Terdahulu, tular beberapa foto memaparkan suasana ketika majlis solat hajat yang dibuat pemain pasukan Malaysia bersama pemain pasukan Palestin di Masjid Sultan Abu Bakar.

    Apa yang lebih mengejutkan, kelibat Richard yang menyertai jemaah mengesahkan bahawa dia sebenarnya seorang Muslim.

    Sumber: X Fina Nasrom

    The post Richard Chin Dedah Peluk Islam Pada November Tahun Lalu – ‘Alhamdulillah, Seronok Bergelar Muslim’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah