Usanita Entertainment Sdn. Bhd. mempersembahkan telefilem ‘Saling Tak Terlihat’ yang mengangkat tema cinta sekali gus menawarkan kisah yang menyentuh hati dengan sentuhan sinematik menawan.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran UTV Usanita Entertainment, Buka Ruang Bakat Tempatan Berkarya
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Dilantik Jadi Duta Usanita Entertainment, Bakal Bergandingan Dengan Sophia Albarakbah Dalam Drama Arahan Erma Fatima
Telefilem menyentuh hati

Telefilem ini diterbitkan di bawah jenama UTV, milik Usanita Group yang diterajui oleh Datuk Adzliana Hasan selaku Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group.
Menurut pengarah, Izuan Mokhtar, telefilem ini menjalani penggambaran selama sembilan hari (dua hari di Malaysia dan tujuh hari di Auckland).
Sebenarnya idea asal telefilem ini saya rancang untuk menjalani penggambaran di Morocco. Saya sudah buat tinjauan ke Tunisia, Marrakesh dan Casablanca. Tapi akhirnya kami ubah lokasi ke New Zealand kerana faktor logistik dan visual yang lebih sesuai dengan naratif baharu.
Selain itu, Izuan berkongsi bahawa telefilem itu tercetus daripada hasratnya untuk menggabungkan kisah cinta dan dunia kulinari.
Tambahnya, penggambaran telefilem ini juga tidak mudah apabila terpaksa ditundakan selama empat hari akibat daripada keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Saling Tak Terlihat ialah cerita tentang cinta dan makanan. Ia menggabungkan rasa cinta terhadap masakan dan rasa cinta antara dua insan. Saya mahu penonton merasakan keindahan cinta yang datang bukan daripada pandangan mata, tetapi daripada ‘rasa’ yang lebih mendalam.
Empat hari kami tak dapat shooting seperti dijadualkan kerana hujan berterusan. Jadi kami terpaksa ubah jadual, set semula lokasi. Apabila hujan berhenti kami teruskan penggambaran.
Lebih menarik, watak utama wanita dalam telefilem ini digambarkan sebagai seorang gadis buta, menjadikan tema ‘deria dan rasa’ lebih kuat dan simbolik dalam penceritaan.
Saya percaya Orang Kurang Upaya (OKU) memiliki kelebihan tersendiri. Dalam kisah ini, watak buta mempunyai deria rasa yang sangat tajam. Dari situ datangnya hubungan emosi yang unik antara dua karakter utama.
Remy dan Nora masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri. Saya tahu kemampuan lakonan mereka dan kali ini saya beri ruang untuk mereka tampil lebih matang dan mendalam. Telefilem ini sedikit berat dari segi emosi, berbanding telefilem Poskad Cinta Dari Auckland.
Susulan itu, Datuk Adzliana Hasan menjelaskan bahawa Saling Tak Terlihat adalah antara inisiatif UTV dalam menampilkan karya berkualiti dengan barisan pelakon yang pelbagai.
Telefilem bertajuk Saling Tak Terlihat ini merupakan arahan pengarah prolifik Izuan Mokhtar yang bakal menemui penonton pada 6 November 2025, jam 9 malam.
Selain itu, telefilem ini menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air termasuk Remy Ishak, Nora Danish, Fattah Amin, Alicia Amin, Ummie Aida, Aleza Shadan dan Raja Azmi.
The post Remy Ishak & Nora Danish Berganding Dalam Telefilem ‘Saling Tak Terlihat’, Angkat Tema Cinta Menyentuh Hati first appeared on OHBULAN!.





