31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN NS: Polis buka kertas siasatan kes sogok pilihan raya

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima keseluruhan 62 laporan polis dan membuka 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 sejak 18 Julai hingga semalam.

    Ketua Polis negeri Alzafny Ahmad berkata daripada jumlah itu, tiga kertas siasatan dibuka semalam membabitkan satu di bawah Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana melakukan kesalahan penyogokan.

    Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(a)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menyebarkan kandungan berunsur hasutan dan maklumat berkaitan pilihan raya melalui media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta melanggar peruntukan undang-undang.

    “Satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Selain itu, beliau berkata sebanyak 76 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan permit yang diluluskan ialah 612 permit.

    MENARIK:  Hina agama: Tindakan perlu berlandaskan undang-undang - Timb naib canselor UMT

    Alzafny berkata polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen dengan sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan tegas.

    Beliau berkata setakat ini, situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses pilihan raya adalah pada tahap yang baik dan terkawal.

    “Orang ramai diseru untuk terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman, harmoni dan teratur,” katanya.

    Semalam, sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Pada Sabtu ini, sebanyak 867,151 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu, yang menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah