31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Malaysia perlukan orang berani’: Adun PKR solidariti dengan aktivis disiasat

    Shopee Sale

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Chan Chun Kuang, menyatakan solidariti terhadap aktivis alam sekitar, Shakila Zen, yang dipanggil polis berhubung hantarannya di media sosial yang didakwa memfitnah institusi diraja Pahang.

    Chan berkata, menghormati tugas pihak berkuasa dan tidak berniat mengulas merit siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Bagaimanapun, wakil rakyat PKR itu berharap proses siasatan dilaksanakan secara adil, telus dan profesional supaya keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan dapat terus dipelihara.

    Menurutnya, kes berkenaan turut membangkitkan persoalan lebih besar mengenai ruang demokrasi, kebebasan bersuara dan perlindungan terhadap individu yang memperjuangkan kepentingan awam.

    "Aktivis alam sekitar bukan penjenayah. Mereka ialah rakyat yang mempertahankan sungai, hutan, tanah, biodiversiti dan kesejahteraan masyarakat, selain menjadi suara kepada komuniti yang terkesan apabila isu alam sekitar tidak diberi perhatian.

    "Mereka sering menjadi suara kepada komuniti yang terkesan apabila isu-isu alam sekitar tidak diberi perhatian sewajarnya. Tanpa keberanian mereka, banyak kerosakan terhadap alam sekitar mungkin tidak akan diketahui umum," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Chan Chun Kuang

    Semalam, Malaysiakini melaporkan aktivis alam sekitar itu dipanggil polis berhubung catatan media sosial yang didakwa memfitnah institusi diraja Pahang.

    Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) berkata siasatan terhadap Shakila (gambar paling atas) dijalankan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

    MENARIK:  Hampir semua 114 lokasi 'hotspot' di Kedah banjir - APM

    Seksyen 500 menetapkan hukuman bagi fitnah, iaitu penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

    Undang-undang AKM berkaitan dengan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan pertama.

    Ketika dihubungi, peguam Shakila, Zaid Malek, berkata pegawai penyiasat kes itu telah memaklumkan kepadanya bahawa siasatan itu berkaitan dengan catatan di laman Threads anak guamnya pada 10 Mei, ketika dia dikatakan mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti perlombongan pasir.

    ‘Demokrasi matang tak takut kepada suara rakyat’

    Sementara itu, Chan berkata Malaysia memerlukan lebih ramai individu yang berani mempertahankan alam sekitar, sambil mengingatkan bahawa masyarakat akan kerugian jika mereka yang membangkitkan isu kepentingan awam berasa takut untuk bersuara.

    Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara adil, berkadar dan menghormati hak asasi yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan.

    Chan berkata perlindungan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat dan pembangunan tidak seharusnya diukur semata-mata melalui keuntungan ekonomi.

    "Solidariti saya buat semua rakyat yang berjuang mempertahankan alam sekitar. 

    "Demokrasi yang matang tidak takut kepada suara rakyat; sebaliknya, demokrasi yang matang menghargai mereka yang berani bersuara demi kepentingan bersama," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah