Juara Idola Kecil 2011, Trisyia Azman dilaporkan telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Dah Sampai Episod 6, Ini Antara ‘Fun Facts’ Tentang Idola Kecil 2021 Yang Korang Mungkin Tak Tahu!
Artikel Berkaitan: Ada Dinobat Juara ‘Idola Kecil Di Rumah’, Bawa Pulang RM20,000!
Kahwin
Menerusi perkongsian di TikTok, Trisyia memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mendendangkan sebuah lagu khas buat suaminya, lengkap dengan kapsyen, ‘Saya sayang suami saya’.
Trisyia yang lengkap mengenakan busana serba putih turut memuat naik beberapa hantaran di media sosial memaparkan hari bahagianya.
Lebih menarik perhatian, berita gembira itu mengejutkan orang ramai memandangkan penyanyi berkenaan tidak pernah berkongsi mengenai hubungan cintanya sebelum ini.
Netizen ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila Triyia yang juga bintang Ceria Popstar musim pertama itu menamatkan zaman bujangnya.
Segelintir netizen turut menitipkan doa agar pasangan itu dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan serta dipermudahkan segala urusan dalam melayari alam rumah tangga.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Trisyia Azman Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan Hati – ‘I Love My Husband’ first appeared on OHBULAN!.






