31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Status Pernikahan Aslam & Marissa Akhirnya Sah Di Sisi Undang-Undang Selepas Setahun Berkahwin

    Shopee Sale

    Prosiding pengesahan nikah melibatkan anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim dan pasangannya iaitu Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid telah selesai apabila mahkamah mengesahkan status perkahwinan mereka sebagai sah di sisi undang-undang Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Status Pernikahan Marissa & Aslam Dijangka Dapat Disahkan Hari Ini

    Artikel Berkaitan: ‘Nak Bercakap Pasal Diri Sendiri Pun Jarang, Ini Kan Pula Tentang Orang Lain’ – Marissa Dania

    Kena daftar pernikahan secepat mungkin

    Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan ini iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, kedua anak guamnya perlu melakukan pendaftaran perkahwinan selepas mendapat pengesahan daripada Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

    Alhamdulillah mahkamah sudah meluluskan permohonan mereka mengikut Seksyen 23(1A) iaitu pengesahan poligami di luar negara tanpa kebenaran.

    Jadi, pernikahan mereka adalah sah dari segi hukum syarak dan undang-undang di Malaysia dan boleh didaftarkan.

    Jadi, selepas ini mereka perlu daftarkan pernikahan mereka secepat yang mungkin.

    Aslam luah rasa syukur

    Sementara itu, Aslam ketika ditemui meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya sudah selesai.

    Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

    Pernikahan kami ini sememangnya sudah sah tapi apa yang kami perlu lakukan ialah pengesahan dari segi undang-undang.

    Pada 5 Mei lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi tujuan prosiding pengesahan nikah.

    MENARIK:  Filem Abu Si Raksasa Kini Di Pawagam, Siap Selepas 2 Tahun Dengan Kos RM2 Juta

    Walau bagaimanapun, prosiding tersebut terpaksa ditangguh berikutan kesalahan teknikal yang berlaku ketika mengisi borang.

    Untuk rekod, Marissa dan Aslam mula menyorot perhatian warganet apabila didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

    Lebih mencuri tumpuan, perkahwinan tersebut didakwa berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa.

    Pernikahan itu juga dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam, iaitu Umisya Mazlan sedang mengerjakan ibadah umrah.

    Dakwa Umisya, Marissa telah menjadi punca dirinya diceraikan pada September tahun yang sama namun mereka kemudiannya rujuk kembali ketika tempoh idah.

    Untuk info, Ahmad Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.

    Manakala Marissa pernah kehilangan bayi yang dilahirkan secara pra-matang pada Ogos tahun lalu.

    The post Status Pernikahan Aslam & Marissa Akhirnya Sah Di Sisi Undang-Undang Selepas Setahun Berkahwin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah