30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai Tak Sedar, Kasut Selesa Boleh Ubah Mood Raya Satu Keluarga

    Shopee Sale

    Bila sebut pasal Raya, ramai terus terbayang baju sedondon, kuih di meja dan suasana rumah yang penuh dengan gelak tawa.

    Tapi satu benda yang selalu jadi ‘penyelamat’ sepanjang musim perayaan ialah kasut yang selesa sebabnya Raya bukan sekadar bergaya, tapi bergerak dari pagi sampai ke malam!

    Berbincang soal kasut raya, para Ibu nak yang elegan, ayah nak yang selesa, anak-anak nak yang comel manakala para remaja pula nak yang cool.

    Kalau silap strategi, boleh jadi satu hari suntuk dalam mall semata-mata untuk cari kasut raya!

    Sebab itu tahun ni, ramai dah mula pilih satu tempat yang boleh settle semuanya sekaligus.

    Wanita: Timeless elegance dan tetap selesa

    Untuk para wanita, Raya memang waktu nak bersinar.

    Rekaan dengan sentuhan satin, bling halus dan kemasan mewah memang buat penampilan nampak lebih matang dan kemas.

    Daripada pump heels elegan, slide-on kitten heel yang manis sehinggalah ballerina dan flats berhias kilauan semuanya nampak classy tanpa terlalu menonjol.

    Kalau jenis aktif ziarah dari pagi sampai malam, sandal dan wedges empuk daripada rangkaian Comfit memang jadi penyelamat.

    Cantik dalam gambar keluarga, selesa masa berjalan dari rumah ke rumah. Sesuai sangat untuk para ibu!

    Beg tangan berkilau dan elegan pun ada di Bata untuk lengkapkan gaya raya para ibu.

    Lelaki: ringkas, kemas dan mudah bergerak

    Lelaki biasanya tak nak cerewet. Yang penting kemas, selesa dan tak menyakitkan kaki.

    Pilihan moccasin yang ringan, atau sandal mudah sarung memang sesuai untuk gaya Raya santai tapi tetap presentable.

    Masuk rumah saudara tak perlu fikir banyak, terus confident!

    Anak-anak: comel dan praktikal

    Bab anak-anak ni memang tak boleh kompromi. Kalau kasut tak selesa, 10 minit je dah mula drama.

    Pilihan kanak-kanak dari rangkaian Bubblegummers tampil dengan sentuhan soft shine, reben comel, metallic dan bejewel ballerina yang buat anak perempuan rasa macam princess!

    Untuk yang lebih aktif, terdapat juga sneakers dan slip-on dengan ciri antimicrobial.

    Dalam erti kata lain, sneakers dan slip-on ini sangat sesuai untuk anak yang tak berhenti bergerak sepanjang hari Raya.

    MENARIK:  Fizo Omar Mendengar Rumor Mawar Karim Telah Berkahwin Dengan Selebriti - 'Tanya Dia Sendiri'

    Remaja: gaya ‘cool’ wajib ada

    Remaja pula lain cerita. Mereka nak nampak effortless tapi trendy.

    Pilihan daripada rangkaian North Star seperti sneakerina, sneakers moden dan gaya retro memang mudah dipadankan dengan baju Raya kontemporari.

    Nak bergambar OOTD pun on point!

    Lagi best, ada ganjaran tambahan!

    Selain lengkapkan satu keluarga dalam satu tempat, terdapat juga Instant Rebate yang boleh diketahui di stor terpilih.

    Lebih menarik, dengan minimum pembelian (T&C apply), anda boleh dapat sampul raya cantik edisi eksklusif kolaborasi bersama Novak Batik.

    Setiap rekaan membawa 1000 makna

    Rekaan ini sampul raya eksklusif daripada Bata ini menggabungkan elemen batik floral dan diserikan bersama motif ketupat yang cukup sinonim dengan Aidilfitri.

    Sentuhan ini kemudiannya hadir dengan corak geometri yang diinspirasikan daripada jubin tangga tradisional seakan rekaan rumah di kampung.

    Gabungan setiap motif ini bukan sekadar hiasan visual malah menjadi simbolik kepada perjalanan pulang ke rumah, warisan yang terus dipelihara dan hubungan kekeluargaan yang semakin erat.

    Secara keseluruhannya, rekaan ini seakan-akan peta emosi yang membawa kita lebih dekat kepada rasa selesa, kasih sayang keluarga dan erti sebenar sebuah kepulangan.

    Raya itu tentang kebersamaan

    Daripada gambar keluarga pertama pagi Syawal, ke sesi ziarah yang tak pernah berhenti, hinggalah catch-up spontan dengan kawan lama, Raya memang penuh dengan pergerakan.

    Sebab itu koleksi Raya kali ini direka untuk setiap langkah, setiap kunjungan dan setiap detik bersama yang bermakna.

    Kalau anda nak persiapan yang lebih mudah, lebih stylish dan lebih selesa untuk semua ahli keluarga, bolehlah singgah ke stor berdekatan atau layari laman Bata dengan klik di SINI.

    Jangan tunggu lama-lama tau untuk dapatkan kasut raya korang. Selamat shopping!

    The post Ramai Tak Sedar, Kasut Selesa Boleh Ubah Mood Raya Satu Keluarga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah