Di sebalik kegembiraan dan fenomena watak ‘Datuk Muzzaffar’ yang sedang tular di media sosial, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui terselit rasa sunyi apabila isteri tercinta, Datin Lisa Surihani tiada di sisi.
Artikel Berkaitan: Yusry ‘Upload’ Foto Lisa Surihani Di Threads & Luah Rasa Rindu – ‘Baru 8 Hari..Lama Lagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan
Sunyi

Ketika ditemui , Yusry, 52, berkata dia kini menggalas tanggungjawab sebagai bapa sepenuh masa di rumah.
Kata Yusry, fasa ini dirasakan agak berat kerana dia tidak dapat berkongsi kegembiraan secara fizikal dengan Lisa.
Pada saya, ini antara fasa-fasa yang agak beratlah.
Macam kita kadang-kadang bila kita sedih, bila kita susah, kita nak orang tersayang untuk beri sokongan kepada kita.
Tapi ada masanya bila kita sedang gembira, orang kata tengah ‘on top’ (tular), tiada siapa di sisi untuk berkongsi rasa itu pun agak perit. Lisa tiada di sini.
Yusry berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual dengan barisan drama Dendam Seorang Mentua di ibu kota pada tengahari Selasa.
Mengulas mengenai keseraian bersama pelakon muda dalam drama terbaharu sehingga tular, Yusry mendedahkan dia sentiasa meletakkan dirinya di tempat Lisa bagi menjaga perasaan isterinya itu.
Saya pula perkara berkaitan viral ni memang luar jangkaan dan tak dapat nak kawal yang sampai rasa macam ‘Eh kalau saya di situasi dia, apa yang saya akan rasa?’.
Selalu kena berfikir macam mana pasangan kita berfikir. Itulah yang saya buat walaupun Lisa tak pernah cakap apa-apa saya sentiasa fikirkan dia.
Kata salah seorang anggota KRU itu, dia semamangnya sangat rindu pada isterinya dan disebabkan itu sebelum ini dia meluahkan rasa itu di media sosial.
Itu yang keluar luahan rindu sebab memang rindu. Pada masa yang sama saya memang nak beritahu dia yang dia memang sentiasa ada di dalam hati.
Ketika ditanya mengenai anak-anaknya, Yusry berkata dia kini sibuk menguruskan rutin harian anak-anak termasuklah menghantar dan menjemput mereka dari sekolah berikutan masalah pembantu rumah yang baru ditukarnya.
Anak-anak alhamdulillah okay.
Kebetulan dia mereka memang ada peperiksaan dan sebagainya. jadi sekarang saya jadi full-time dad lah.
Walaupun seorang bapa sepenuh masa tapi ada benda yang saya tak boleh lakukan dan ini juga adalah pertama kali sebab pembantu rumah saya pun baru tukar jadi tak boleh nak percaya sangat.
Sebelum ini, Yusry memuat naik foto Lisa meluahkan rasa rindu terhadap isterinya kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
The post [VIDEO] Datuk Muzzaffar ‘Trending’ Tapi Yusry Abdul Halim Luah Rasa Sunyi Tanpa Lisa – ‘Tiada Siapa Di Sisi Untuk Berkongsi Pun Agak Perit’ first appeared on OHBULAN!.





