28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ramai Kecam Tapi Pernah Korang Jumpa Dia Depan-Depan? – Staf Kongsi Sisi Baik Uyaina Arshad

    Shopee Sale

    Akhir-akhir ini, nama pengacara, Uyaina Arshad menjadi bualan selepas ada pihak tampil meluahkan rasa tidak gemar terhadapnya secara terbuka di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

    Uyaina berhati mulia

    View this post on Instagram

    A post shared by UA (@uyainaarshad)

    Terbaharu, seorang wanita dipercayai pekerja kepada Uyaina yang dikenali sebagai Atiqah tampil berkongsi sisi baik mengenai majikannya itu.

    Menerusi aplikasi Threads, Atiqah memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Uyaina melalui WhatsApp.

    Dapat dilihat, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menitipkan kata-kata penghargaan terhadap Atiqah yang sudah berkhimat selama enam tahun dengannya.

    Atiqah, saya sangat berbangga dengan awak.

    Terima kasih juga sebab jaga saya dan tahan dengan saya selama enam tahun, bukan sekejap ya.

    Saya minta maaf sebab pernah marah, tegur dan buat awak terasa. Semua itu sebab nak buat dan jadi yang terbaik.

    Ingat pesan saya, jaga etika kerja dan jaga rahsia orang yang awak bekerja dengan.

    Amanah, dan jadi orang yang baik.

    Lebih mengharukan ialah, Uyaina bukan sahaja menyifatkan Atiqah sebagai seorang pekerja tetapi sebagai seorang sahabat yang sangat baik buatnya.

    Seperti mana saya nak berjaya, begitu juga saya mahu awak berjaya.

    Dan apa yang paling penting ialah, awak adalah sahabat baik saya.

    Saya sayang dan hargai awak dalam kehidupan saya. Saya doakan awak berjaya.

    ‘Adakah anda akan jumpa bos seperti ini?’

    Di ruangan kapsyen, Atiqah turut mempersoal tindakan segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata negatif terhadap Uyaina.

    MENARIK:  Nora Danish Tumpang Gembira Lihat Nedim & Nadia Brian Bahagia – ‘Itu Antara Doa Saya’

    Ujarnya, Uyaina merupakan seorang majikan dan individu yang sangat baik terhadap orang sekelilingnya.

    Saya nak tanya, adakah anda akan jumpa bos seperti ini?

    Bila orang komen macam-macam tentang dia dan personaliti dia, semuanya negatif.

    Tapi pernah ke korang berjumpa dengan dia secara berdepan?

    Terdahulu, Uyainda berkongsi tangkap layar beberapa hantaran dan komen netizen yang mengkritik dan mengecamnya secara terbuka di media sosial.

    Ujar ibu kepada dua orang anak itu, apa yang dilakukan mereka itu adalah contoh buli siber dan dia menganggap perbuatan menghentam seseorang secara berjemaah tidak boleh dinormalisasikan.

    Sumber: Threads

    The post ‘Ramai Kecam Tapi Pernah Korang Jumpa Dia Depan-Depan? – Staf Kongsi Sisi Baik Uyaina Arshad first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah