28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Tumpang Gembira Lihat Nedim & Nadia Brian Bahagia – ‘Itu Antara Doa Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nora Danish mengakui tumpang gembira melihat kebahagiaan bekas suaminya, Nedim Nazri yang kini menjalin hubungan istimewa dengan aktres, Nadia Brian.

    Artikel Berkaitan: ‘Cari Pasangan Yang Menegur Ke Arah Kebaikan, Bukan Jadikan Kita Kufur’ – Nora Danish

    Tumpang gembira

    Nora, 43, berkata dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nedim dan percaya bekas suaminya itu berhak untuk melalui fasa hidup yang lebih baik.

    Itu (Nedim bahagia) memang itu antara doa saya, saya memang mahu dia menemui kebahagiaan dia juga. Sebab dia layak untuk bahagia.

    Walaupun kami sudah berpisah, tidak bermakna saya perlu membencinya. Dia adalah sosok tubuh yang pernah saya cintai suatu ketika dahulu sehingga kami mempunyai anak bersama.

    Nedim sentiasa ada tempat istimewa dalam hati saya. Dengan siapa pun dia kenal, saya tetap doakan kebahagiaannya.

    Nora berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman audio Habis Cerita Podcast di ibu kota, baru-baru ini.

    Podcast tersebut turut menampilkan dua rakannya iaitu penyanyi terkenal, Datuk Seri Rossa dan usahawan, Natasha Ozeir sebagai hos bersama.

    MENARIK:  ‘Gantung Saya Kalau Anda Mahu’ – Suspek Kes Bunuh Dr. Moumita Cabar Polis?

    Dalam pada itu, Nora memaklumkan dia masih belum berkesempatan untuk bertemu dan berbual secara peribadi dengan Nadia.

    Saya tidak tahu mereka sedang berkenalan sehingga dikejutkan dengan gambar. Tapi setakat ini masih belum diberi peluang untuk berjumpa Nadia.

    Ditanya mengenai penerimaan anak lelakinya terhadap hubungan baharu Nedim, Nora berkata Mohamed Neqayl menerima keadaan itu dengan baik.

    Dari luaran, saya lihat Nene menerima dengan baik. Satu perkara tentang Nene, dia cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Sesiapa yang layan dia, dia akan mudah rapat.

    Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

    Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

    The post Nora Danish Tumpang Gembira Lihat Nedim & Nadia Brian Bahagia – ‘Itu Antara Doa Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah