29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rain ‘Still Raining’ Gegarkan Resorts World Genting, Tarian Bertenaga Pukau Ribuan Penonton!

    Shopee Sale



    Foto: Resort World Genting

    Bintang terkenal Korea Selatan, Rain, sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam dunia muzik apabila mengadakan konsert solo ‘Still Raining’ di Arena of Stars, Resorts World Genting, pada 8 Februari 2025.

    Still Raining gegarkan Genting Resort

    Foto: Resort World Genting

    Konsert Still Raining menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran ribuan peminat dari pelbagai lapisan umur dan kaum, menunjukkan bahawa popularitinya masih utuh di hati peminat Malaysia.

    Meskipun sudah berusia 42 tahun, tenaga dan stamina Rain di atas pentas tetap mengagumkan. Setiap gerak tarian penyanyi dan pelakon berbakat ini penuh dengan karisma.

    Dengan latar pentas yang penuh efek cahaya yang memukau serta sistem bunyi yang mantap, aura superstar Rain semakin menyerlah. Penonton tidak henti-henti bersorak dan memberikan semangat sepanjang konsert berlangsung.

    Rain membawakan 22 lagu sepanjang konsert, termasuk beberapa lagu hits yang membuat peminat tidak henti-henti sing-along bersamanya antara lagu yang dibawakan adalah La Song, Love Story, Bad Guy, 30Sexy dan banyak lagi!

    MENARIK:  Teman Wanita dan 'Hot Daddy' Tidak Bersalah Buat Iklan Persundalan

    Sebagai kejutan istimewa, Rain turut menyanyikan lagu popular ‘Gangnam Style’ oleh PSY, serta medley lagu Bruno Mars, iaitu 24K Magic dan Leave the Door Open.

    Rain bukan sahaja bukan sahaja mempamerkan vokal mantap, malah setiap persembahan turut diiringi tarian bertenaga yang menjadi trademark Rain sejak awal kemunculannya dalam industri hiburan.

    Di penghujung konsert, Rain meluahkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat Malaysia. Dia berterima kasih atas sokongan yang tidak pernah pudar, malah berjanji akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat lagi pada masa akan datang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah